Pembangunan Jelebu Menfokuskan Kesejahteraan Penduduk

JELEBU - Jelebu ialah daerah kedua terbesar di negeri ini dengan keluasan kira-kira 136,751 hektar. Lebih 61 peratus daripada keluasan itu masih dilitupi hutan dengan sebahagian besar bentuk muka bumi berbukit-bukau ter­utamanya bahagian utara daerah itu yang merupakan penghujung Banjaran Titiwangsa.

Luak Jelebu: Ahmad Tarmizi Dilantik Buapak Perut Kemin Yang Baru

JELEBU – Seorang pesara swasta, Ahmad Tarmizi Aminuddin, 67, telah dipilih secara sebulat suara sebagai Buapak Perut Kemin oleh anak-anak buah waris berkenaan dalam satu kerapatan Ahad lalu dalam proses mengemukakan semula benih percalonan Undang Luak Jelebu ke-16 yang masih kosong.

62 Orang Kena Serangan Ulat Bulu, Orang Ramai Diminta Berwaspada

Jabatan Kesihatan Neger, Negeri Sembilan pada 6 April lalu telah mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan kejadian serangan ulat bulu di Mantin, Seremban.

Minta Lebih Tegas, Saman Saja!

REMBAU - Penduduk memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas berbentuk saman ke atas individu yang sesuka hati meletakkan kenderaan berat di kawasan perumahan.

Kes Kongsi Gelap: Culik, Bunuh Dan Tanam dalam Hutan

SEREMBAN - Mereka dipercayai diculik, dibunuh dan ditanam. Itu nasib dialami mangsa pembunuhan kejam yang dikaitkan dengan penemuan tulang manusia di kubur tidak bertanda di dalam hutan berhampiran sebuah kuil terbiar di Batu 8, Jalan Sungai Gadut di sini, hari ini.

Remaja Maut Motosikal Bertembung Kereta

KUALA PILAH – Seorang remaja maut setelah motosikal Modenas Dinamik yang ditungganginya bertembung dengan Proton Iriz di Kilometer 17 Jalan Kuala Pilah-Tampin petang, semalam.

Lori Bawa Dedak Terbalik

PORT DICKSON - Sebuah lori sarat muatan dedak ayam terbalik selepas terbabas di persimpangan Jalan Luku-Sepang dekat Port Dickson, hari ini.

Kahwin Sesama Suku. Apakah Hukumannya Dalam Adat Perpatih?

Walaupun sistem Adat Perpatih menyediakan sedikit ruang kepada anak adat (keturunan) suku tertentu berkahwin sesama suku, pada prinsipnya sistem adat yang dianuti oleh masyarakat Negeri Sembilan itu tidak membenarkan perkahwinan di kalangan sesama anak suku

Polis Negeri Sembilan Tumpaskan Geng 36

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan berjaya melumpuhkan aktiviti kongsi gelap Geng 36 Negeri Sembilan susulan tangkapan 34 ahli kumpulan itu dalam Ops Cantas Hoben yang dilancarkan 29 Mac lalu.

Lelaki Maut Bertembung Dengan Kereta Lain Di Jalan Kuala Pilah-Seremban

KUALA PILAH - Seorang maut, manakala seorang lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 21 Jalan Kuala Pilah-Seremban dekat sini awal pagi ini.

Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta

PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemui mati di dalam keretanya di tempat letak kenderaan sebuah restoran makanan segera di PD Waterfront di sini, malam tadi.

Penanaman Cendawan Menggunakan Tandan Kelapa Sawit

KUALA PILAH – Dalam usaha menambah pendapatan penduduk di sini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kuala Pilah tampil memperkenalkan program penanaman dan pengembangan cendawan jerami di sini.

Musang King Percuma Untuk Ahli Kariah

KUALA PILAH, 8 Apr - Jawatankuasa Masjid Saidina Ali, Batu 46, Senaling, Kuala Pilah, mengambil langkah proaktif dengan mengusahakan projek tanaman durian Musang King...

(VIDEO) Agak-Agak Apa Yang Ada Dalam Kolam Terbengkalai Sebelah Dataran Seremban?

Video berdurasi 49 saat yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna facebook mengenai apa yang terdapat di kolam atau bangunan terbengkalai disebelah dataran Seremban sememangnya menarik perhatian segelintir netizen.

Badan Pengurusan Kondominium Disyaki Seleweng RM35,000

PORT DICKSON - Sebuah badan pengurusan kondominium terkenal di Batu 7 di sini, disyaki melakukan penyelewengan wang yang dianggarkan sebanyak RM35,000.

Kanak-Kanak 9 Tahun Cedera Digigit Anjing

REMBAU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, cedera digigit anjing yang berkeliaran di Rumah Rakyat Chembong di sini, petang semalam.

Polis Tahan Suspek Terlibat 14 Kes Pecah Rumah

PORT DICKSON - Polis yakin dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes pecah rumah di daerah ini dengan penahanan seorang lelaki di Kerling, Melaka, pada 27 Mac lalu.

Negeri Sembilan Naikkan Kuota Pembinaan Rumah Mampu Milik

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan menaikkan kuota pembinaan rumah mampu milik ‘Jenis A’ yang berkonsepkan rumah teres berharga RM80,000 kepada 20 peratus berbanding 15 peratus pada masa kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohon Jalan Dinaiktaraf, Tapi Tiada Respons Sampai Sekarang

KUALA PILAH - Bukan baru dua atau tiga tahun tetapi lebih 10 tahun pasangan suami isteri warga emas di Kampung Nuri, Johol di sini, terpaksa berhadapan jalan becak dan licin serta membahayakan.

Kerajaan Negeri Cadang Bina Satu Lagi UTC Di Nilai

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan berharap sebuah lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dibina di negeri itu, selepas UTC pertama yang dibuka di Ampangan, Seremban pada Disember tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan.

Kenali Y.A.M Tunku Zain Al-Abidin, Putera Kedua Yang Di-Pertuan Besar Ke-11

YAM Tunku Zain Al-Abidin adalah putera kedua kepada DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Selesaikan Segera Masalah Bekas Tapak Pelupusan Sampah Di Kampung Keru

TAMPIN - Penduduk di Kampung Keru di sini, memohon pihak bertanggungjawab segera menyelesaikan masalah membabitkan tapak pelupusan sampah di perkampungan itu walaupun tapaknya sudah ditutup.

MINDEF Lancar Program Perumahan ATM

PORT DICKSON - Kementerian Pertahanan hari ini melancarkan Pelan Induk Perumahan kementerian itu yang bertujuan menyelaras semua program perumahan yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga mereka.

Gadis Ditemui Mati, Jatuh Dari Tingkat 14

SEREMBAN - Seorang gadis ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pangsapuri Templer, Jalan Tun Dr Ismail di sini, malam semalam.

Ustaz Sebak, Kanak-Kanak Kumpul Duit Syiling Bayar Yuran Mengaji

REMBAU - Ustaz, saya nak bayar yuran mengaji, kata seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun sambil menghulurkan sebungkus syiling kepada pengasas Pusat Pengajian Taman al-Quran, Muhamad Allif Ibrahim, 26, di sini

Ketua Polis Yang Baharu Tampin

TAMPIN – Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Superintendan Ramli Kasa, 52, memulakan tugas baharu sebagai Ketua Polis Daerah Tampin menggantikan Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan, Bakar Osman.

Kemalangan Maut Kereta Bertembung Bas Di Jalan Mambau-Port Dickson

Seorang lelaki berumur 40 tahun maut apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas henti-henti di Jalan Mambau - Port Dickson dekat sini, semalam.

Mayat Pemancing Lemas, Ditemui Terapung

SEREMBAN - Mayat pemancing yang lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Empangan Sungai Terip, Seremban, semalam, ditemui terapung tidak jauh dari lokasi kejadian mangsa dilaporkan hilang.

Penduduk Kecewa Jalanraya Masih Tak Berturap

TAMPIN – Penduduk di Taman Tampin Jaya, di sini, berasa kesal dan kecewa apabila persimpangan jalan yang sebelum ini terlibat dalam kerja naik taraf saluran pembetungan tidak diturap semula lebih tiga bulan lalu.

Lelaki Dikhuatiri Lemas, Terjatuh Ketika Memancing

SEREMBAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas dihanyutkan arus selepas terjatuh ketika memancing di Empangan Sungai Terip, Seremban, 5.30 petang semalam.