Pokok Hempap Lori Kontena Di jalan Utama Seremban-Tampin

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

TAMPIN, 25 Sept – Seorang pemandu lori kontena berhadapan detik cemas apabila kenderaan dipandunya dihempap pokok tumbang di tepi jalan utama Seremban-Tampin, dekat Batu 1, di sini, semalam.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin diketuai Pegawai Bomba Kanan 11, Mohd Helmi Ayob dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 6.11 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Penolong Penguasa Bomba, S Dullasi Nathan, pasukannya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 6.18 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan pembakaran pada pokok tumbang berkenaan.

“Pokok tersebut tumbang dan menghempap lori kontena yang dalam perjalanan dari Seremban ke Segamat, Johor. Pemandu berusia awal 60an bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius, namun lorinya tersekat di lokasi kejadian.

Pasukan bomba telah memotong pokok yang menghalang laluan utama berkenaan dan diletakkan di bahu jalan bagi melancarkan laluan,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan dalam satu kenyataan, semalam.

Pokok Hempap Lori Kontena Di jalan Utama Seremban-Tampin

Keadaan pokok tumbang menghempap kontena yang dalam perjalanan dari Seremban ke Segamat, semalam.

Dullasi berkata, operasi pembersihan di kawasan pokok tumbang berusia puluhan tahun berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 7.45 pagi.

Sumber – Sinar Harian Online (25 September 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.