Op Tapis Khas, Tahan 75 Individu Di Sekitar Felda Jempol

BANDAR SERI JEMPOL, 26 Sept – Sanggup menyorok belakang pintu dan bawah meja , itu antara reaksi 75 individu yang ditahan polis ketika Op Tapis Khas malam tadi di sekitar tanah rancangan Felda, di sini.

Tindakkan kebudak-budakkan itu sememangnya tidak berhasil, malah 57 daripadanya termasuk seorang remaja berusia 17 tahun didapati positif dadah.

Manakala remaja itu mendakwa baru sebulan terjebak dalam penyalahgunaan dadah selain tidak menyangka akan ditahan polis ketika berada di kampung.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol , Deputi Superintenden Azham Shah Azlan berkata, operasi secara bersepadu itu dijalankan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri yang turut disertai pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Kontijen.

Op Tapis Khas Tahan 75 Individu Di Sekitar Felda Jempol

Antara individu yang ditahan dalam Op Tapis Khas, malam tadi. – Foto Sinar Harian

“Sasaran kita adalah sekitar penempatan Felda dan ‘hotspot’ yang dikenal pasti sebagai kawasan aktif kegiatan dadah. Kesemua yang ditahan adalah dikawasan rumah namun pelbagai reaksi diperlihat semasa penahanan dibuat yang mana, di antara mereka sanggup menyorok belakang pintu bahkan bawah meja semata- mata tidak mahu ditahan.

“Mana mungkin anggota dan pegawai terlibat tak nampak kelibat mereka ini dil okasi ‘tersembunyi’ berkenaan. Bagaimana pun ahli keluarga mereka memberikan kerjasama yang baik ketika operasi berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Op Tapis Khas di Dewan Ibu Pejabat Polis daerah Jempol , hari ini.

Hadir sama, Pengarah AADK Negeri, Ismail Ahmad Khairi dan Pegawai Turus Risikan , Operasi dan Tahanan, Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) IPK Deputi Superintenden Yap Huat Tian.

Azham Shah berkata, operasi selama 11 jam ini berakhir jam 10 pagi mendapati, 25 individu positif dadah jenis syabu, 28 lagi positif dadah jenis heroin, empat individu pula positif dadah jenis ganja. Manakala 18 individu negatif dadah.

“Kesemua positif dadah ini disiasat dibawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983. Dua individu turut ditahan dibawah Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah jenis heroin dan syabu,” katanya.

Sumber – Sinar Harian (26 SEPTEMBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.