SEREMBAN - Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) parah, manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera apabila ambulans dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Bukit Putus, Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini, hari ini.
Jurucakap APM berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu ambulans berkenaan berusia lingkungan 30-an, cedera tulang belakang serta patah tangan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
KEADAAN ambulans APM yang terbabit dalam kemalangan di Bukit Putus, Jalan Seremban-Kuala Pilah, hari ini
PENGGUNA jalan raya membantu mengangkat ambulans APM yang terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Bukit Putus, Jalan Seremban-Kuala Pilah, hari ini.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila ambulans dari Pejabat APM Seremban di sini dalam perjalanan untuk membantu mangsa kemalangan lain di kawasan itu.
“Ambulans itu dirempuh sebuah kereta ketika membuat pusingan U sebelum terbalik. Buat masa ini, belum dapat ditentukan bagaimana kemalangan itu berlaku,” katanya.
Sumber - Berita Harian Online (3 September 2026 | 5:55pm)











