
Anda perasan tak gambar Yang di-Pertuan Agong yang ada pada duit kertas Ringgit Malaysia?Tak kisahlah sama ada duit lama atau pun baru, gambar tersebut tetap gambar baginda. Mungkin ada segelintir yang tidak tahu mengenai perkara ini.
Ini kerana gambar yang tertera pada wang kertas tersebut merupakan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 2026) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-8 yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.
Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan). Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata wang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.
Inilah gambar asal sebelum dicetak diatas not wang kertas Ringgit Malaysia. Sehingga kini gambar Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama ini masih digunakan pada wang kertas Ringgit Malaysia. Banggo tak?












