Sejarah Pertempuran Di Jambatan Gemencheh Negeri Sembilan

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

Sekiranya anda melalui jambatan sungai gemenchech iaitu laluan yang menghubungkan antara Gemas dan Gemencheh, sudah pasti anda akan terpandang ada sebuah jambatan lama yang sudah pun roboh berhampiran dengan jambatan yang sedang digunakan. Pada suatu ketika dahulu ketika zaman penjajahan Jepun, tempat ini pernah menjadi medan pertempuran yang amat sengit antara askar-askar Australia dan askar Jepun.

Askar-askar dari Batalion 2/30 Infantri dari Divisyen ke-8 Australia yang diketuai oleh Leftenan Kolonel “Black Jack” Galleghan telah diberi arahan untuk kesana bagi menentang kemaraan askar-askar Jepun dari arah Kuala Lumpur. Memandangkan askar Jepun telah mara melewati Tampin dan perlu menyeberangi jambatan tersebut untuk sampai ke Gemas, Leftenan Kolonel “Black Jack” Galleghan membuat keputusan untuk membuat serangan hendap di Jambatan Gemencheh ini memandangkan ia menghubungkan bandar Gemas dan Tampin.

Pada 14 Januari 1942, Kompeni B dari batalion 2/30 Infantri Australia melancarkan satu serang hendap ke atas pasukan askar-askar Jepun untuk menahan kemaraan mereka arah ke selatan. Semasa pasukan Jepun itu melepasi kawasan serang hendap, jambatan itu diletupkan. Pertempuran yang berlangsung selama 2 hari itu telah berakhir di Gemas dengan pengunduran askar-askar Australia daripada Estet Fort Rose. Pertempuran itu telah mengakibatkan lebih daripada 700 askar jepun terkorban manakala askar Australia kehilangan 8 orang dan 80 orang terbunuh.

Empat hari selepas itu, satu lagi pertempuran antara askar-askar Jepun dan askar pihak Berikat berlaku berhampiran Parit Sulong. Pasukan Berikat, termasuk Batalion Australia 2/19th dan 2/29th, telah dikepong dan dikalahkan di situ.

Sebagai memperingati askar-askar Australia yang telah gugur semasa pertempuran itu, sebuah tugu peringatan telah didirikan berhampiran dengan jambatan itu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Orang Nogori
Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.