Restoran Eksotik Makanan Halal Di Seremban

Sekiranya anda berkunjung ke Seremban dan ingin merasai makanan ‘pure’ Negeri Sembilan, bolehlah datang ke Restoran Nelayan Seafood & Catering di Seremban ni. Lokasinya arah menuju ke Kuala Pilah , selepas parkson traffic light nombor 2. belok kiri , berhadapan padang latihan bola sepak persatuan bola sepak negeri sembilan. Nak senang lagi, boleh Waze ‘Restoran Nelayan Seafood & Catering Seremban’

makanan restoran nelayan

Terdapat pelbagai jenis masakan disini, tapi kebanyakan makanan disini tentulah masak cili api. Apa yang menarik disini ialah kalau anda adalah jenis yang suka makanan eksotik seperti landak, rusa, kijang, Tembusu (Usus Besar Lembu), ini adalah tempatnya. Lebih-lebih lagi dimasak dengan masakan lomak cili api. Umanggaihh, sodapnya.

makanan restoran nelayan makanan restoran nelayan makanan restoran nelayan

Tapi bila anda makan disini, janganlah terperanjat dengan harga dia. Memang agak mahal sikit bagi sesetengah lauk-pauk yang ada disini. Mungkin sebab ia sukar dijumpai dan bekalan yang terhad untuk mendapatkannya. Tapi jangan risau, kesemua lauk-pauk disini diletakkan tanda harganya. Jadi anda tidaklah sampai ‘overbudget’ bila makan disini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.