5 Daerah Di Negeri Sembilan Digazet Sebagai Kawasan Pertanian

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

JELEBU 9 Jan. – Kerajaan Negeri Sembilan menggazetkan lima daerah sebagai kawasan pertanian merangkumi Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin dan Rembau.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, ia merupakan usaha bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi untuk permintaan domestik selain meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

“Jelebu misalnya, mempunyai 145 hektar tanah yang telah ditanam dengan pelbagai jenis tanaman serta pokok buah-buahan dan oleh sebab itu daerah ini dikenali sebagai destinasi buah-buahan di negeri ini.

“Selain durian, buah-buahan seperi manggis, mangga serta nanas turut dieksport ke luar negara seperti Singapura,” katanya ketika berucap dalam Program ‘Moh makan durian’ anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jelebu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan Sri Zainal Dahalan; Pengarah LPP negeri, Azizan Abdul Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat.

SUMBER – Petikan berita daripada Utusan Online (09 Januari 2018 | 4:27 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.