Remaja Membuang Najis Di Hadapan Kedai Dobi, Dipercayai OKU

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN, 7 Okt – Remaja perempuan yang membuang najis di hadapan kedai dobi dekat Lobak di Seremban, Selasa lalu dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU).

[BERITA BERKAITAN: Kelakuan Pelik, Gemar Buang Air Besar Di Premis Dobi Layan Diri]

Perkara itu dijelaskan kenalan keluarga mangsa yang memaklumkan mereka mengenali remaja terbabit ketika menetap di Rasah Jaya, di Seremban beberapa tahun lalu.

Menurutnya yang enggan dikenali , remaja itu sebelum ini belajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah rendah di Rasah Jaya sebelum mengikuti program yang sama di sekolah menengah di Mambau.

Remaja Membuang Najis Di Hadapan Kedai Dobi, Dipercayai OKU

“Ibu remaja terbabit turut mengalami masalah yang sama dengan tingkah laku mereka seperti kurang waras namun perbuatan membuang najis di tempat awam seumpama itu belum pernah berlaku. Saya amat terkejut apabila membaca berita Harian Metro Khamis lalu dan kebanyakan netizan tidak mengetahui latar belakang mereka.

“Namun perbuatan tidak bermoral terbabit tidak wajar. Pihak berkaitan perlu tampil dan membantu remaja serta keluarganya kerana dikhuatiri melakukan perbuatan yang sama,” katanya.

Khamis lalu, Harian Metro melaporkan remaja perempuan membuang air besar di hadapan pintu masuk premis dobi di Jalan Manickavasagam, Lobak, Seremban.

Perbuatan sebanyak tiga kali bermula awal dan pertengahan September lalu dan terbaru Selasa lalu itu, dirakam menerusi CCTV yang dipasang di premis berkenaan.

Lebih mengecewakan perbuatan kali ketiga terbabit turut dilindungi wanita dewasa yang dipercayai ibunya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian pada Khamis lalu.

“Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali berkata, memandang ia sudah menjadi kes polis, jabatan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan siasatan.

“Kami sudah memanggil keluarga berkenaan dan menasihatkan mereka untuk ke balai polis berdekatan bagi memberi kerjasama sewajarnya supaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera. Oleh kerana pelajar itu berkeperluan khas, Jabatan Pendidikan sudah mengarahkan pihak sekolah memberi perhatian yang lebih khusus supaya mampu menguruskan diri terutama di tempat awam,” katanya.

Sumber – Petikan daripada Harian Metro Online (7 Oktober 2017 | 5:05 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.