Sejarah Asal Usul Teluk Kemang

Teluk Kemang merupakan salah satu kawasan yang terletak di dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Teluk Kemang terkenal sebagai kawasan pantai peranginan utama di Port Dickson.

Sejarah Asal Usul Mukim Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang merupakan antara pantai peranginan yang popular di Port Dickson.

Ia mempunyai pantai yang panjang dan luas yang meliputi sebahagian besar pantai yang terdapat di Port Dickson. Panjang pantai Teluk Kemang ialah kira-kira 1.6km. Jaraknya dari Kemang Indah hingga ke Baitul Hilal. Pantai ini amat popular dikalangan penduduk Lembah Kelang dan sekitarnya untuk mandi-manda terutamanya pada hujung minggu.

Sebenarnya tiada sumber bertulis tentang bagaimana Teluk Kemang mendapat namanya. Walaubagaimanapun diceritakan oleh penduduk sekitar yang dahulunya, tempat ini merupakan sebuah kawasan hutan belantara dan paya bakau.

Gambar (kiri) Pokok Kemang atau nama saitifiknya, Mangifera Kemanga. Gambar (kanan) buah yang dihasilkan oleh Pokok Kemang.

Sebagaimana dengan nama Melaka, nama Teluk Kemang juga diperoleh daripada nama sepohon pokok yang dinamakan sebagai Pokok Kemang yang banyak tumbuh disekitar tempat ini. Pokok Kemang ialah sejenis pokok yang buahnya seakan-akan seperti buah binjal yang kecil dan berwarna hijau.

Rupa keadaan mukabumi tempat ini yang berteluk-teluk juga menyebabkan kawasan ini dipanggil sedemikian. Dan dengan itu, bermulalah panggilan ‘Teluk Kemang’ oleh penduduk-penduduk di kawasan itu sejak tahun 1880 sehinggalah sekarang.

Sejarah Asal Usul Mukim Teluk Kemang

Pekan kecil Teluk Kemang

Sejarah Asal Usul Mukim Teluk Kemang

Masjid Kariah Teluk Kemang

Dikatakan penduduk terawal disitu datang pada awal tahun 1880. Ada lima orang bersaudara yang datang dari Selangor ke kawasan tersebut. Mereka ialah Bahir dan sahabat-sahabatnya, Niat, Limat, Naemat, dan Abdul Samad. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa mereka ini bertugas di istana atau tempat pembesar di Selangor itu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapakah pembesar itu dan di daerah mana mereka ini berasal.

Ceritanya pada ketika itu ada pedagang-pedagang asing telah datang ke tempat mereka bertugas. Mereka ini berjaya menipu dan mengampu pembesar di situ sehinggakan pembesar tersebut terlalu mempercayai pendagang ini daripada orang tempatan. Ada diantara mereka tahu yang pedagang-pedagang tersebut mempunya niat yang tidak baik dan ia semata-mata menjaga kepentingan perniagaan mereka.

Sejarah Asal Usul Mukim Teluk Kemang

Ming Court Beach Hotel yang sebelumnya dikenali sebagai Federal Hotel Port Dickson merupakan hotel kedua tertua di Port Dickson selepas Si Rusa Inn. Kedua-duanya terletak di Teluk Kemang.

Mungkin ramai yang kecewa dan merajuk ketika itu telah mengambil keputusan untuk pergi dari tempat itu dan membawa diri masing-masing ke mana-mana sahaja sehinggalah lima bersaudara tersebut mengembara dan menjumpai suatu tempat yang indah iaitu Teluk Kemang.

Ada sumber yang mengatakan bahawa Niat telah dilantik menjadi penghulu di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun tidak dipastikan sama ada mereka masing-masing membawa isteri dan anak bersama-sama atau mereka sahajalah yang mengasaskan tempat itu dan mengembangkan keturunannya disitu.

Sejarah Asal Usul Mukim Teluk Kemang

Tanjung Tuan merupakan destinasi riadah popular yang terletak tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang.

SUMBER – WikiPedia (Teluk Kemang)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.