Peristiwa Peperangan Bukit Putus Negeri Sembilan

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Perang Bukit Putus adalah perang saudara pertama di Negeri Sembilan dimana ia berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta. Perang ini juga turut melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku yang secara tak langsung mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong.

peristiwa peperangan bukit putus negeri sembilan

Setelah Yamtuan Imam (Yamtuan Seri Menanti Ke-5) mangkat pada tahun 1869, jawatan Yamtuan telah dituntut oleh putera sulungnya, Tengku Ahmad Tunggal. Walaubagaimanapun, pembesar negeri tidak bersetuju untuk melantik beliau sebagai Yamtuan Seri Menanti kerana perilakunya yang kurang baik. Untuk menyelesaikan perbalahan ini, Dato’ Imam Perang Siamang Gagap (salah seorang menteri yang memegang tampuk pentadbiran dan terkenal dengan kepahlawanannya) telah mengangkat Tengku Ampuan Intan, balu kepada Yamtuan Imam, sebagai Pemangku Yamtuan sementara menanti pelantikan calon yang sesuai. Pada tahun 1872, pembesar negeri bersepakat untuk melantik Tengku Antah, anak Yamtuan Radin (kekanda kepada Yamtuan Imam), sebagai Yamtuan Seri Menanti.

peristiwa peperangan bukit putus negeri sembilan

Tengku Ahmad Tunggal yang tidak berpuas hati dengan pelantikan tersebut telah menemui Dato’ Kelana Sungai Ujong, Dato’ Syed Abdul Rahman @ Syed Aman, untuk meminta pertolongan. Kebetulan Dato’ Kelana juga berbalah dengan Yamtuan Antah berhubung tuntutan keatas daerah Terachi yang terletak diantara Seri Menanti dengan Sungai Ujong. Krisis memuncak apabila Dato’ Terachi yang dilantik oleh Dato’ Kelana sebelumnya iaitu Dato’ Kelana Sendeng dipecat oleh Yamtuan Antah pada tahun 1875.

peristiwa peperangan bukit putus negeri sembilan

Pada waktu yang sama, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman juga berbalah dengan Dato’ Syahbandar Tunggal yang dipertanggungjawabkan tentang pungutan cukai di Sungai Ujong. Dengan perbalahan ini, Yamtuan Antah menyebelahi Dato’ Syahbandar Tunggal. British yang tidak berpuashati dengan tentang cukai yang dikenakan oleh Dato’ Syahbandar keatas aktiviti perlombongan bijih timah telah memihak kepada Dato’ Kelana dan mendesak Dato’ Kelana memerangi musuhnya dengan bantuan British. Soal tuntutan Tengku Ahmad Tunggal terhadap jawatan Yamtuan Seri Menanti menguatkan alasan British untuk mendesak Dato’ Kelana untuk menyerang Seri Menanti.

peristiwa peperangan bukit putus negeri sembilan

Kejadian pemecatan Dato’ Terachi oleh Yamtuan Antah merupakan satu alasan yang baik bagi British untuk bertindak. Dengan permintaan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman, Residen British di Sungai Ujong, Patrick J. Murray, telah menghantar satu pasukan tentera di bawah pimpinan Leftenan Hinxman untuk meninjau keadaan di Terachi pada 27 November 1875. Sebilangan anggotanya telah dihantar untuk menjalankan kerja-kerja mengukur tempat di antara Kampung Terachi dengan Kuala Pilah. Tetapi malangnya kumpulan ini telah bertembung dengan Pasukan Yamtuan Antah seramai 200 dan mereka menyuruh pasukan Leftenan Hinxman untuk berpatah balik ke Seremban. Walaubagaimanapun British enggan berundur. Justeru Yamtuan Antah mengarahkan pasukan seramai 4,000 orang dibawah pimpinan Dato’ Imam Perang Siamang Gagap untuk menyerang British. Pasukan Yamtuan Antah bergerak merentasi Bukit Putus dan berjaya mengundurkan tentera British ke Paroi. Pihak British kemudiannya berkubu di Rasah sementara menanti bantuan tentera dari Negeri-Negeri Selat.

peristiwa peperangan bukit putus negeri sembilan

Pasukan Yamtuan Antah telah mengasak British dan berjaya menawan Paroi kemudiannya pada 2 Disember 1875. Walaubagaimanapun, British cuba untuk menawan Paroi semula dengan bantuan pasukan dari Melaka dibawah pimpinan Leftenan Peyton. Orang Cina di Negeri-Negeri Selat turut membantu tentera British dengan menyediakan buruh untuk mengangkat bekalan dari Melaka ke Sungai Ujong melalui Lukut. Askar Gurkha dari Pulau Pinang juga dikerah bagi menambah kekuatan British.

peristiwa peperangan bukit putus negeri sembilan

Yamtuan Antah dan pasukannya menjadikan rumah-rumah di Paroi sebagai kubu pertahanan. Pasukan utama Seri Menanti tersebut dibantu oleh 600 orang tentera yang ditugaskan untuk mengukuhkan pertahanan. Walaubagaimanapum, serangan British yang dibantu oleh pasukan meriam berjaya menembusi kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pada 10 Disember 1875, pihak British telah berjaya menawan Bukit Putus dan seterusnya memasuki Seri Menanti. Mereka bertindak membakar rumah-rumah penduduk kampung termasuk istana Yamtuan Antah di Seri Menanti.

peristiwa peperangan bukit putus negeri sembilan

Akhirnya Yamtuan Antah pergi ke Johor dan menghadap Sultan Abu Bakar. Baginda menasihati Yamtuan Antah supaya menemui Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Frederick Alusysweld. Rundingan yang dibuat akhirnya menyetujui Yamtuan Antah hanya menjadi Yamtuan di Seri Menanti yang merangkumi luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman hanya memperoleh kuasa yang lebih di Sungai Ujong yang merupakan matlamat sebenar British. Tengku Ahmad Tunggal pula tidak mendapat sebarang hak dalam penyelesaian tersebut. Peperangan Bukit Putus memberi peluang kepada Brisih untuk mengukuhkan kedudukannya di Negeri Sembilan khususnya di Sungai Ujong.

Baca artikel Pendekar Siamang Gagap Pahlawan Negeri Sembilan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.