Kisah Suka Duka Di Negeri Sembilan Sepanjang 2017

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Dalam kerancakan kerajaan Negeri Sembilan membangunkan ekonomi negeri dan dipasak pelaksanaan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar, namun terselit juga beberapa berita sedih.

Pemergian Dua Wakil Rakyat

Pemergian dua wakil rakyat iaitu Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail disebabkan masalah kesihatan, ternyata memberi kesan kepada dunia politik.

[Berita berkaitan: Ahli Parlimen Jelebu Meninggal Dunia]

Ishak, 66, yang merupakan Adun Lenggeng selama empat penggal, meninggal dunia pada 18 Julai lepas pada 11.25 malam di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah akibat serangan jantung.

Allahyarham sebelum itu menghadiri majlis Aidilfitri Adun Seri Menanti, Datuk Abd Samad Ibrahim di Tanjong Ipoh sebelum dilaporkan pengsan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kisah Suka Duka Di Negeri Sembilan Sepanjang 2017

Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail (kiri) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail (kanan)

Sahabat Allahyarham yang sama-sama berjuang dalam Umno sejak 1980, Pengerusi Indah Water Konsortium, Tan Sri Abu Zahar Ujang yang juga veteran Umno dan bekas Speaker Dewan Negara menyifatkan pemergian Ishak sebagai satu kehilangan besar kepada parti dan masyarakat di kawasan Dun Lenggeng kerana Allahyarham seorang wakil rakyat yang prihatin dan berwibawa.

Sementara itu, Zainudin, 57, meninggal dunia kira-kira 7.30 malam pada 7 Disember lepas di kediamannya di Kondo Villa Puteri, Kuala Lumpur akibat penyakit ketumbuhan otak yang dihidapinya.

Allahyarham pada 13 Mei tahun lepas telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur. Beliau sebelum itu dihantar ke Hospital Jelebu setelah tidak sedarkan diri pada pukul 12 tengah hari, hari yang sama.

8 Maut Dalam Kemalangan Tragis

Negeri Sembilan turut dikejutkan dengan satu tragedi apabila lapan maut termasuk sepasang suami isteri dalam kemalangan tragis melibatkan empat kenderaan termasuk treler, pada 11 Jun lepas di Km 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, dekat sini, kira-kira pukul 2.20 petang.

[Berita berkaitan: Kes Kecuaian Pemandu Treler Yang Mengorbankan 8 Orang Dalam Nahas Jalanraya Di Jempol]

Selain treler, kemalangan itu turut melibatkan sebuah Perodua Myvi, sebuah kenderaan pelbagai guna Proton Exora dan sebuah Toyota Vios di laluan yang disifatkan sebagai hotspot (panas) kemalangan maut kerana laluan yang sempit, beralun serta sering digunakan lori.

Kisah Suka Duka Di Negeri Sembilan Sepanjang 2017

Kemalangan yang meragut 8 nyawa di KM25 Jalan Bahau-Keratong,
Jempol

Lapan yang maut termasuk enam orang dilaporkan rentung berada di dalam Proton Exora manakala suami isteri berkenaan berada di dalam Myvi dan dilaporkan telah tercampak keluar daripada kenderaan sejurus kemalangan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang datang dari arah Keratong menghala ke Bahau cuba memotong sebuah motosikal yang membawa peti aiskrim tetapi tidak lepas lalu membrek trelernya.

UTC Pertama di Negeri Sembilan

Dalam usaha menambah baik urusan rakyat dengan agensi dan jabatan kerajaan, Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di Negeri Sembilan mula beroperasi di bangunan Angsana, Ampangan dan telah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 November lepas.

UTC Negeri Sembilan yang mula beroperasi sejak 20 November lepas itu merupakan UTC yang ke-20 dibina dan menelan belanja RM34.26 juta serta mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.

Ia merupakan projek kerajaan persekutuan dan sebahagian pelan transformasi negara bagi memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada penduduk di sekitar kawasan Ampangan, Paroi, Panchor, Sikamat dan Senawang.

Kisah Suka Duka Di Negeri Sembilan Sepanjang 2017

Kemalangan yang meragut 8 nyawa di KM25 Jalan Bahau-Keratong,
Jempol

Velodrom Tertutup Pertama di Asia Tenggara

Tahun 2017 juga menyaksikan Negeri Sembilan menjadi tumpuan di mata Asean, apabila pertama kalinya Velodrom Nasional di Stadium Tertutup Nilai, menjadi lokasi penganjuran acara trek berbasikal Sukan SEA dan Sukan Para Asean pada Ogos dan September.

[Berita berkaitan: Velodrom Kelas Satu Hanya Di Nilai Negeri Sembilan]

Velodrom tertutup pertama di Asia Tenggara dan bertaraf dunia itu menjadi tumpuan penggiat sukan berbasikal selain turut menjadi saksi pasukan berbasikal negara memenangi 11 daripada 13 pingat emas termasuk dua daripada Azizulhasni Awang yang mengungguli acara pecut dan keirin lelaki manakala pelumba wanita negara Fatehah Mustapa menuai dua emas masing-masing dalam acara individu dan berpasukan.

Kisah Suka Duka Di Negeri Sembilan Sepanjang 2017

Velodrom Kelas Satu Di Negeri Sembilan

Semasa Sukan Para Asean diadakan September lepas, Velodrom Nilai juga menyaksikan skuad berbasikal negara mengaut kesemua 12 pingat emas yang ditawarkan sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Pelan Pembangunan MVV dan Stesen HSR, Labu

Dari segi perkembangan ekonomi, Negeri Sembilan dilihat bakal melengkapkan pembangunan pesat Lembah Klang atau the Greater Kuala Lumpur, apabila projek pembangunan Nilai-Seremban-Port Dickson di bawah Lembah Wawasan Malaysia (MVV) bakal dilancarkan kelak.

Pembangunan metropolis bertaraf dunia, MVV, yang meliputi kawasan seluas 153,000 hektar, mampu menarik pelaburan lebih RM290 bilion selain akan mewujudkan 1.38 juta peluang pekerjaan baharu.

Kisah Suka Duka Di Negeri Sembilan Sepanjang 2017

Pelan rancangan Malaysia Vision Valley (MVV)

Tidak terhad di situ, MVV yang direncanakan secara berfasa sehingga 2045, juga dilengkapkan dengan pembangunan hab pengangkutan Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR), yang menghubungkan negeri ini terus ke negara jiran, Singapura, kurang dua jam.

Stesen HSR, yang terletak di dalam wilayah MVV, di Labu, dijangka akan beroperasi akhir 2026.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Mohamad membentangkan bajet berimbang berjumlah RM412 juta bagi 2018, iaitu peningkatan 5.37 peratus berbanding Bajet 2017. Beliau berkata, bajet yang bertemakan ‘Memakmurkan Negeri, Mensejahterakan Rakyat’ itu turut merangkumi RM110.58 juta bagi pelaksanaan awal Pelan Hala Tuju Luar Bandar.

[Berita berkaitan: Pembinaan HSR KL-SG Akan Melalui Jajaran Baru]

Kisah Suka Duka Di Negeri Sembilan Sepanjang 2017

Lakaran stesen HSR yang bakal dibangunkan di Labu pada masa akan datang.

SUMBER – Petikan berita daripada Bernama (27 DISEMBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.