
“Ko Jolobak ko Jolobu, Tuai padi tigo tangkai, Kalao kono komat Jolobu, Tak mati badan meghasai”. Begitulah sedutan sedikit daripada lirik lagu yang dinyanyikan oleh W.A.R.I.S dan Datuk Hattan yang bertajuk “Gadis Jolobu”. Bila sebut mengenai “Komat”, mungkin ada orang daripada Negeri Sembilan pun tidak tahu maksudnya kerana perkataan ini bukanlah sering didengar dimana-mana. Hanya di Jelebu sahaja yang banyak menggunakan istilah ini kerana ada cerita disebaliknya.
‘Komat Jolobu’ atau dalam bahasa senang difaham ‘Hikmat/Keramat’/Tulah Jelebu’ sering digunakan oleh orang Jelebu untuk menunjukkan sesiapa yang kena terkena penangan hikmat/keramat/tulah dari jelebu ni, sudah tentu merana diri. Walaupunbgaimanapun terdapat beberapa cerita disebalik perkataan ‘komat’ ni di Jelebu, yang pasti sehingga sekarang menjadi tanya apa ‘komat’ itu sebenarnya.
Dulu kebanyakan daerah Jelebu banyak yang belum diteroka. Tentulah mengikut kepercayaan kawasan-kawasan yang belum diteroka ramai ‘penunggu’nya. ‘Penunggu’ ini akan mengenakan ‘komat’ kepada penceroboh yang datang ke tanah tersebut. Mereka yang kena ‘komat’ ini sama ada akan mati atau merana sepanjang hayat.
Tetapi mereka yang tidak percayakan ‘komat’ ini tetap datang meneroka ke Jelebu. Contohnya orang dari Pahang menaiki sampan menyusur ke hulu sungai dan menetap di Simpang Durian, Peradong dan Kenaboi. Orang dari Kuala Pilah pula akan merentas hutan untuk menetap di Geylang, Petaseh dan Peradong. Kalau dibanci asal-usul mereka penduduk pendatang Melayu di Jelebu mengatasi penduduk asal. Tidak ada pula yang terekena ‘komat Jolobu’ ni.
Terdapat kisah orang dulu-dulu di Jelebu mengenai lagenda ‘Tok Lambir’. Dikatakan ‘Tok Lambir’ ni adalah “Penjaga Kawasan Jelebu” dan ia merupakan seekor harimau yang tersangat besar. Dikatakan Pak Lambir ini mempunyai laluannya sendiri ketika meronda kawasan Jelebu. Terdapat segelintir daripada penduduk Jelebu terserempak dengan ‘Tok Lambir ‘ ini terutamanya mereka yang menoreh getah.
Ada yang bercerita hanya nampak bahagian badan nya yang besar dan panjang. Walabagaimanapun ‘tok lambir’ ini dikatakan bukanlah hendah mencenderakan sesiapa sebaliknya memberi amaran sekiranya melanggar pantang larang di Jelebu ini. Sungguhpun cerita ni banyak disebut dikalangan orang-orang Jelebu tetapi kesahihahnyan tidak dapat dipastikan sehingga sekarang. Mohon komen/mesej kami sekiranya ada maklumat mengenai kisah ini.
Zaman dulu banyak yang menceritakan kisah gadis cantik di Jelebu. Jadi ramai orang luar yang cari peluang untuk datang dan bekerja di Jelebu, Negeri Sembilan. Disebabkan ini, ramai ibubapa perempuan risau sebab anak gadis mereka jadi kegilaan orang luar. Ibu bapa sebelah lelaki lagi lah risau sebab segala harta benda anak lelaki mereka akan jatuh ketangan gadis negeri. Jadi sekali lagi ‘komat Jolobu’ digunakan sebagai alat untuk menakutkan mereka daripada berkahwin dengan gadis-gadis Jelebu ini.
Walaubagaimanapun, ramai kakitangan kerajaan seperti anggota Polis dan kakitangan Kesihatan ditugaskan di Jelebu. Belum ada lagi dikaalangan mereka terkena ‘komat Jolobu’. Malah apabila mereka meninggalkan Jelebu tidak ada cerita lain melainkan perkara yang baik-baik sahaja mengenai Jelebu.
Pada masa sekarang, ‘komat’ ini hanya didengar di dalam radio sebagai lagu rap sahaja tanpa mengetahui makna disebaliknya. Diharapkan artikel ini memberi jawapan kepada mereka yang tertanya-tanya ‘Apa Kobondo Komat ni ha’. Sekiranya ada diantara anda ada cerita/teori lain mengenai komat ini atau kami tersalah info mengenai komat ini, boleh mesej/komen dibawah ini. Kami mengalu-alukannya. Rujukan daripada www.maarofkassim.com & lobaipas.blogspot.my








