10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Bila sebut sahaja Port Dikson, masing-masing dah terbayang pantai yang luas, tenang dan indah. Lokasi ini memang popular sebagai tempat percutian dan bersantai dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Lagi-lagi bila akhir tahun, makin ramailah yang berpusu-pusu ke Port Dickson untuk menghabiskan cuti tahunan, mengadakan hari keluarga, jamuan akhir tahun, dan sebagainya.

Selain pantainya yang menjadi tarikan, Port Dickson juga terkenal dengan banyak lagi tempat menarik seperti Kota Lukut, Ostrich Farm, dan Rumah Api Tanjung Tuan. Tapi untuk memilih tempat penginapan terutamanya tempat yang sesuiai menginap bersama keluarga yang ramai terutamanya memang susah difikirkan.

Tapi anda tak perlu risau, sebab disini kami ada senaraikan 10 lokasi penginapan yang kami rasakan paling ‘best’ untuk anda dan keluarga anda. Ia sememanngnya menjanjikan lain daripada yang lain. Jom lihat senarainya:

1. VILLA 969

Villa 969 yang berkeluasan 12,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan 5 bilik tidur serta laman hijau yang luas adalah lokasi yang sangat santai untuk sanak-saudara dan rakan-rakan berkumpul bersama. Ada kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Dengan segala fasiliti asas serta kemudahan tambahan seperti set BBQ, Wifi, permainan outdoor – mini volleyball, badminton, takraw, permainan indoor – pingpong, karom dan catur, tentunya anda takkan berasa bosan berada di Villa 969 ini.

Villa ini juga terletak dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin sepenuhnya.

Lokasi di No. 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050, Teluk Kemang, Port Dickson. Harga bermula RM750 semalam. Sekiranya berminat bolehlah layari, http://www.villa969.com/

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

2. UNCLE DAN’S VILLA

Homestay seterusnya ini terletak di Batu 12, berhampiran dengan PD Extreme Park dan jeti nelayan. Ia adalah tempat yang meriah untuk diadakan gathering, tetapi pada masa yang sama memberi privasi kepada pengunjung.

Segala kemudahan asas serba cukup dan ruangnya juga amat luas. Ada set BBQ, wifi, mesin basuh, dan sebagainya. Dengan kolam renang yang menjadi tarikan utama, anda boleh ‘berendam’ dan bermain air pada bila-bila masa. Gazebo dan taman terletak di sebelah kolam renang memberi lagi ‘feel’ untuk anda bersantai dan berkelah. Memang ‘best’!

Lokasinya di Taman Pantai Dickson, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Harga bermula RM950/malam dan RM1600/2 malam (bagi keseluruhan rumah 4 bilik). Boleh layari Facebook mereka, https://www.facebook.com/uncledansvilla/ untuk keterangan lanjut.

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

3. VILLA LOT 1638

Lot 1638 pasti akan memberi anda sebuah pengalaman yang unik sepanjang percutian di Port Dickson. Direkabentuk dan dimiliki oleh seorang arkitek, tak hairanlah senibinanya amat memukau! Bangunan villa ini ibarat sebuah arca yang mengagumkan dengan dekorasi dalaman yang cantik, moden dan cukup segar. Seolah-olah menginap di hotel, tapi anda mendapat lebih privasi di Villa Lot 1638 ini kerana kurangnya kepadatan.

Terletak 1km dari bandar Port Dickson, Villa Lot 1638 ini menyediakan 13 unit penginapan; di mana 9 daripadanya adalah villa 2 bilik dan 4 lagi unit adalah suite. Setiapnya direka khas dengan kapasiti berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Lokasinya di Lot 1638, Jalan Esso, Batu 1, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson. Harga bermula RM329 (Private Suite Room – 2 orang), RM390 (Private Luxury Suite Room – 2 orang), RM479 (1 Bedroom Garden Villa – 4 orang), RM619 (2 Room Balcony Villa – 6 orang), RM619 (2 Room Duplex Villa – 5 orang).

Boleh layari Facebook Page mereka di https://www.facebook.com/L1638/ untuk keterangan lanjut.

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

4. LAKE VIEW FARM PORT DICKSON

Bagi anda yang ingin merasai suasana kampung dan mendekati alam semulajadi, Lake View Farm adalah pilihan yang terbaik.

Di sini, anda boleh melakukan aktiviti berkayak di tasik, memancing, bermesra dengan haiwan seperti monyet, kambing, angsa, ayam, dan arnab. Terdapat juga ladang buah-buahan yang boleh dilawati, bergantung kepada musim.

Sesekali, ubah citarasa dan hirup udara segar memang menyeronokkan! Anak-anak pun tentu leka bermain dengan haiwan yang jinak. Lokasinya di Lorong Selasih 1, Port Dickson. (GPS: 2.548053, 101.826279)

Harga bilik bermula RM550 semalam. Boleh layari website mereka untuk keterangan lanjut, http://www.lakeviewfarm.com.my/

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

5. HOMESTAY 133 VILLA

Banglo ini terletak 1.5km dari Teluk Kemang ini juga tak kurang menariknya. Terdapat sebuah banglo dan sebuah chalet yang boleh anda pilih bergantung kepada keselesaan bilangan pengunjung. Banglo dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur manakala chalet pula dilengkapi dengan 2 buah bilik.

Dengan laman yang luas dan fasiliti yang lengkap, anda boleh berkaraoke, BBQ, atau bermandi-manda di kolam renang yang besar dan selesa.

Lokasinya di 13, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, Telok Kemang, Port Dickson. Harga bermula RM600/malam (chalet), dan RM800/malam (banglo). Boleh pergi ke Facebook Page mereka, https://www.facebook.com/homestay133villa/ untuk keterangan lanjut.

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

6. VILLA DUAPULUHSEMBILAN

Sebuah lagi tempat penginapan untuk anda berkumpul dan relaks bersama keluarga, Villa Duapuluhsembilan ada menyediakan segala kemudahan untuk anda menyambut ulangtahun atau mengadakan pool party!

Villa ini menyediakan 3 bilik buah bilik dengan 2 bilik air di dalam dan 1 di luar. Seronok sangat sebab boleh berendam di private pool yang luas dan nyaman.

Lokasinya di No. 29, Jalan PDV2, PDVilla Country Resort, Port Dickson. Harga bermula RM550 hari bekerja dan RM650 hujung minggu. Layari Facebook page mereka, https://www.facebook.com/villa.duapuluhsembilan/ untuk keterangan lanjut.

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

7. WIDAD VILLA

Untuk anda yang inginkan sebuah rumah percutian yang betul-betul berhadapan dengan pantai, Widad Villa pasti akan membuat anda tersenyum. Bayangkan, anda hanya perlu berjalan beberapa langkah saja untuk bermandi-manda di pantai dan menyertai sukan pantai.

Dengan laman yang luas, bayu laut, dan pemandangan pantai yang mengagumkan, anda tetap memiliki ruang privasi yang selamat dan selesa. Menariknya, mereka yang ingin membuat tema perkahwinan ala beach wedding juga boleh menempah pakej terus dengan mereka!

Lokasinya di Lot 2672 Jalan Pantai Batu 12, Pasir Panjang. Harga villa bermula RM 2490 (2 hari 1 malam – 6 bilik dalam 1 unit villa). Layari web mereka, http://widadvilla.com/ untuk keterangan lanjut.

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

8. SERENITY @ PD

Senibina ala kolonial dengan beranda yang luas, siling yang tinggi, serta ruang bilik yang cerah dan berangin pasti akan memberikan anda sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jauh dari bandar, lokasinya yang dikelilingi kehijauan menyajikan ketenangan dan kedamaian daripada hiruk-pikuk kota.

Dengan laluan yang melalui hutan kecil dan terus ke pantai, anda boleh melakukan aktiviti seperti memancing dan bermain pasir di pantai. Selebihnya, biar gambar berbicara!

Lokasinya di Bt 12 1/2, Jalan Pantai, Kg Teluk Pelanduk, Port Dickson. Harga bilik bermula RM2,260 untuk 5 bilik, 4 orang setiap bilik (pakej termasuk sarapan dan afternoon tea). Untuk keterangan lanjut, boleh pergi ke Facebook page mereka di https://www.facebook.com/SerenityatPD/

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

9. EAGLE RANCH RESORT

Nak merasa percutian ala Wild Wild West dan Red Indian? Eagle Ranch Resort adalah sebuah lokasi yang unik dan menampilkan pelbagai keseronokan yang merangkumi aktiviti memanah, berkuda, go kart, berbasikal, dan teambuilding.

Ada banyak pilihan penginapan dengan konsep tersendiri seperti Paddock Chalet, Kampung House, Log Cabin, Eagle Terrace, dan Bandwagon Upper/ Lower. Oh ya, sekarang ini mereka sedang mengadakan promosi hujung tahun. Banyak diskaun yang boleh diperolehi. Jadi, jangan lupa semak maklumat lanjut di laman web dan Facebook mereka ya.

Lokasi resort ini terletak di Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, Port Dickson. Harga bermula sekitar RM200+ bagi Paddock Chalet, Kampung House, Log Cabin, Eagle Terrace, dan Bandwagon Upper/ Lower. Layari http://www.eagleranch.com.my/ untuk keterangan lanjut.

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

Kampung house

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

Bandwagon Upper / Lower

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

10. WOODS & WATER PORT DICKSON

Sebuah lagi penginapan yang berkonsep ala kampung ini dihiasi dengan binaan kayu yang cantik dan mesra alam. Dalam kawasan ini, anda boleh menjumpai banyak pokok buah-buahan tempatan seperti betik, cempedak, nangka, durian, rambutan, dan macam-macam lagi. Selain itu, ada banyak lagi tanaman seperti keledek, serai, halia, kunyit, cilipadi, dan pudina.

Salah satu tarikan di sini adalah kolam yang bersaiz Olimpik, sesuai untuk pelbagai aktiviti air seperti menaiki bot, menangkap ketam, dan memancing ikan. Perkhemahan juga boleh diadakan dan kelengkapan ada disediakan.

Apapun, perlu diingatkan bahawa di sini tiada wifi dan Astro disediakan dan resepsi telefon mungkin tidak begitu baik. Tapi, dengan semua aktiviti yang tersedia, anda mungkin tak perlukan semua itu lagi!

Lokasinya terletak 4.8 km dari Jalan Utama Batu 7, Port Dickson. Harga bermula dengan RM1,731 (3 bilik yang boleh memuatkan 16 orang) semalam.

10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson 10 Homestay & Penginapan Paling Best Bersama Keluarga Di Port Dickson

SUMBER – siraplimau.com (December 8, 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.