Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Sebelum ni kami ada ceritakan mengenai Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup Di Port Dickson yang menyajikan resepi yang unik iaitu salai ayam bakar di dalam pasu terlangkup. Dan pada kali ini, kami juga ingin menceritakan tempat makan menarik lain di lokasi yang sama. Tempat itu ialah di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson.

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Gerai makan ini terletak Batu 9 Jalan Pantai, Port Dickson (Sebelum ini gerai makan ini di Jalan Pantai, Batu 6). Sekiranya anda dari pekan Port Dickson, teruskan perjalanan ke arah Teluk Kemang melalui laluan tepi pantai, sudah pasti anda menjumpainya (Lebih kurang 23 minit perjalanan dari Pekan Port Dickson). Gerai makan ini betul-betul selepas simpang masuk ke Politeknik Port Dickson iaitu sebelum sampai ke Tanjung Tuan.

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Konsep yang di bawa sangat unik. Hiasan dalamannya semua ala “Cowboy”. Topi, pistol, baju, seluar dan sebagainya dijadikan hiasan untuk menghidupkan suasana “Cowboy” di gerai makana ini. Dari pintu masuk bawak ke tempat makan, bawak ke orang yang ambil order, semuanya ala-ala “Cowboy”.

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Menu istimewa di sini ialah nasi kukus dan ayam panggang. Hidangan ini disediakan bersama sup kosong, ulam timun dan sos kicap. Terdapat juga bebola daging yang dijual sekiranya anda mahu.
Mengenai makanan yang dihidangkan disini, menu utamanya ialah Nasi Kukus dan Ayam Panggang. Hidangan ini disediakan bersama sup kosong, ulam timun dan sos kicap. Namun sejauh mana kesedapan Nasi Kukus Ayam Panggangnya, anda kena sendiri cuba.

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Ayam-ayam disini sentiasa dipanggang di atas bara api mengikut permintaan harian pengunjung. Dengan harga RM 6-RM7 anda sudah boleh dapatkan satu set nasi kukus ayam panggang untuk seorang. Kalau anda perlukan hidangan side dish yang lain, ia juga turut disediakan disini seperti hidangan sayur-sayuran, telur dadar dan sebagainya. Jadi takda lah anda datang kesini hanya makan nasi kukus dengan ayam panggang semata-mata.

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Menu air pula tidak banyak pilihan kerana mereka hanya menghidangkan 3 jenis air pilihan iaitu air kosong, jus tembikai dan jus epal. Tiada air teh, kopi, milo dan seangkatan dengannya ya. Dari segi hidangan pula, memang agak mudah dan jangan anda berharap hidangannya seperti restoran-restoran mahal yang lain. Disini kesemuanya dihidangkan didalam bekas polistrin termasuklah minuman. Mungkin cara ini memudahkan serta mempercepatkan proses penyediaan makanan oleh pengusaha gerai makan ini.

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Terdapat juga pentas Live Band dan persembahan pada waktu malam. Anda juga boleh menggunakan prop yang disediakan untuk mengambil gambar kenangan. Kalau hujung minggu pula, Cowboy Place ini tidak lekang menjadi destinasi bagi konvoi-konvoi motosikal.

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson

Untuk anda yang teringin untuk menikmati kelainan suasana sewaktu menikmati makanan, bolehlah singgah ke restoran ini sekiranya berada di Port Dickson. Ia pasti membawa pengalaman baru kepada anda.

Artikel berkaitan:
Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup Di Port Dickson
Restoran Eksotik Makanan Halal Di Seremban

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.