Sebuah cawangan MacDonald’s yang agak unik struktur bangunannya sudahpun dibuka di Gateway Centerpoint, Seremban kelmarin (15 Oktober 2017). Bangunan MacDonald’s yang terletak di kawasan pusat beli belah di Jalan Siamang Gagap, Seremban ini dikatakan unik kerana bentuknya agak nipis atau lebar bangunannya yang agak pendek. Malah dikatakan bangunan MacDonald’s paling nipis pernah dibina di Malaysia.
Tidak banyak info kami peroleh mengenai cawangan McDonald’s ini. Bagi sesiapa yang sudi memberi informasi lanjut bolehlah PM kami di Facebook atau kongsikan maklumat tersebut di ruangan komen. Apa-apapun, jom kita lihat sedikit beberapa gambar cawangan McDonalds yang baru ini.
Sumber - signpost2indulgence.blogspot.my; Facebook Page: MainProp Seremban.








