Gadong Jaya Bakal Menjadi Kawasan Riadah Dan Sukan

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

SEREMBAN, 24 Jan - Kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan riadah dan sukan di atas tanah seluas 23 hektar di Gadong Jaya, Labu, dekat sini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kawasan itu akan mempunyai lima padang bola sepak, tiga padang ragbi serta sebuah mini stadium yang mempunyai kemudahan trek dan padang selain kawasan lapang.

Menurutnya, kerajaan negeri akan membangunkan kawasan ini bersama pihak swasta dan ia dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Pembangunan kawasan luas untuk riadah dan sukan ini merupakan yang pertama di negara ini dan ia telah diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini,” katanya ” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

“Kita akan realisasikan segera perkara ini kerana ia adalah keperluan anak-anak muda. Kita akan merealisasikan segera inspirasi anak muda yang mahu supaya tempat-tempat lapang untuk beriadah dan bersukan diperbanyakkan,” katanya.

SUMBER - Petikan berita daripada Bernama via Sinar Harian Online (24/01/2026)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.