Banjir Kilat Di Gemencheh, 5 Buah Rumah Ditelenggami Air

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

TAMPIN, 24 Jan - Hujan berterusan sejak tengah hari tadi menyebabkan lima buah rumah di Taman Yu Yi, Gemencheh, di sini, dilanda banjir kilat kira-kira 0.2 meter, malam tadi.

Adun Gemencheh, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berkata, kira-kira jam 9.00 malam air mulai naik ke kediaman penduduk di taman berkenaan dan banjir kilat surut kira-kira jam 10.00 malam.

“Selain Taman Yu Yi, Pasar Gemencheh juga terjejas susulan banjir kilat ini. Bagaimanapun, semasa banjir kilat belum surut semua agensi penyelamat telah turun padang ke lokasi ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, sebentar tadi.

SUMBER - Petikan berita daripada Sinar Harian Online (24 JANUARI 2018)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.