Mangsa Banjir Di Jelebu Kekal

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

JELEBU, 26 Jan - Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Juntai, Simpang Pertang di sini, masih kekal 28 mangsa daripada tujuh keluarga.

(Gambar Atas) Keadaan banjir melanda kawasan rendah dinaiki air di Kampung Juntai, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan. - Foto Berita Harian

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu hari ini, tiada penambahan bilangan mangsa banjir di PPS itu setakat 4 pagi ini.

PPS itu mula dibuka pada 3.45 pagi semalam, susulan rumah mangsa mula dinaiki air berikutan hujan berpanjangan sejak 5 petang kelmarin, menyebabkan air Sungai Teriang melimpah ke kawasan perkampungan terbabit.

Mangsa terjejas terdiri daripada 13 lelaki dan 12 wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

“Walaupun cuaca cerah, keadaan paras air banjir masih belum pulih dan tidak menunjukkan perubahan ketara,” katanya.

Pemantauan terhadap bencana banjir masih diteruskan oleh agensi berkaitan.

SUMBER - Petikan berita daripada BERNAMA via Berita Harian Online (26 Januari 2018 | 10:08am)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.