Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Gua Batu Maloi yang terletak di kawasan Hutan Lipur Gua Batu Maloi di Kampung Tanggai, Johol, Negeri Sembilan menawarkan banyak tarikan yang istimewa bagi penggemar aktiviti ‘Caving’. Ia sememangnya menjanjikan pelbagai cabaran yang tidak kurang hebatnya.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Tidak seperti gua-gua yang lain di Malaysia yang kebanyakannya adalah gua batu kapur, Gua Batu Maloi merupakan gua yang terbentuk daripada tindihan batu-batu besar yang yang bergolek jatuh dari gunung-ganang berdekatan lalu membentuk satu laluan gua yang dapat dilalui oleh manusia.

Gua Batu Maloi ini terletak di kawasan lembah di pertengahan dua buah gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Ia merupakan gua batu granit TERPANJANG di Malaysia.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Dikawasan Hutan Lipur Gunung Maloi

Ia mempunyai panjang sejauh 987 meter (jarak garis lurus dari pintu masuk ke pintu keluar) dengan laluan sebenar sepanjang 2.3 kilometer yang terdiri daripada 24 checkpoint (CP). Laluan gua ini juga boleh dikatakan 80% daripadanya merupakan kawasan yang berair. Jadi kelengakapan yang cukup dan sesuai diperlukan dalam ekspisi menjelajah gua ini.

ASAL USUL NAMA BATU MALOI

Asal-usul bagaimana nama tempat ini dinamakan sebagai Batu Maloi menjadi tanda tanya hingga sekarang kerana tiada kesahihan atau sumber bagaimana mana ia mendapat namanya. Namun menurut penduduk sekitar, mitos seorang pemuda bernama Maloi serta kewujudan kampung bunian yang wujud di sebuah batu besar di kawasan ini mempunyai kaitan bagaimana ia mendapat namanya.

Menurut mitos, suatu ketika dahulu batu tersebut juga merupakan gua yang didiami oleh bunian. Dan Maloi (nama sebenarnya ialah Malai) merupakan orang asli tempatan dipercayai berkahwin dengan makhluk tersebut dan tinggal di gua tersebut.

Maloi dan isterinya merupakan seorang yang baik hati dan ia selalu meminjamkan pekakasan seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga untuk kenduri kahwin bagi kegunaan penduduk kampungnya. Sehinggalah suatu hari itu, salah satu pinggan mangkuk yang dipinjam dari Maloi itu pecah. Orang kampung telah menggantikannya dengan pinggan yang lain.

Apabila sampai ke tangan Maloi. Dia mendapat tahu pinggan itu bukan kepunyaannya. Dia berasa sangat kecewa lalu membuat keputusan untuk menutup pintu gua itu buat selama-lamanya. Dikatakan Batu Maloi yang terdapat di penghujung checkpoint Gua Batu Maloi dikatakan pintu masuk bagi perkampungan bunian tersebut.

PENJELAJAHAN GUA BATU MALOI

Untuk ke Gua Batu Maloi, anda boleh memandu ke pekan Tampin dan apabila anda sudah sampai disana, boleh set GPS terus ke “Hutan Lipur Gua Batu Maloi”. Jaraknya dari Pekan Tampin kira-kira 16km sahaja (19 Minit) sahaja.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Papantanda Syarat Penjelajahan Gua Maloi

Untuk menyertai ekspedisi menjelajah Gua Batu Maloi ini, ada bayaran dikenakan iaitu sekitar RM45-RM70 bagi setiap pengunjung. Kos tersebut adalah termasuk unsurans, permit, makan tengahari serta jurupandu bertauliah bagi ekspedisi tersebut.

Tempoh penjelajahan gua ni sekitar 3-4 jam bergantung kepada keadaan peserta atau keadaan alam. Laluan gua ni pula sering berubah kerana batu-batu tersebut akan berubah hasil tolakan arus sungai yang laju terutama setiap kali hujan lebat.

Sepanjang gua ni, perlu meredah track yang boleh tahan cabarannya. Kena bersedia dari segi mental & fizikal! Dan yang paling penting adalah semangat berpasukan.

Apa yang mencabarnya, dalam gua ni berbatu dan bentuk muka bumi dalam ni memang sangat berbeza. Ada kawasan yang penuh air sehingga kita perlu menyelam sekejap. Ada yang kena melompat, merangkak, meniarap, menggelongsor, berenang, memanjat semua kena buat dalam air dan dicelah-celah batu terutamanya arus air deras dibawah gua. Boleh dikatakan 80% aktiviti dalam ni, berkaitan dengan air.

Berikut adalah sedikit gambaran serta keadaan laluan di Gua Batu Maloi:

Untuk sampai ke pintu masuk Gua Batu Maloi ini, anda perlu menyusuri beberapa anak sungai & berjalan mengikut denai hutan yang agak berbatu.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Pintu Masuk Gua Batu Maloi

Dalam gua ini, ada kawasan yang kecil dan sempit. Jadi kepada mereka yang fobia pada tempat sempit dan ada air, inilah masanya untuk anda lawan ketakutan tu.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

CP5 adalah di Gua Kelawar yang sememangnya gelap. Disini anda boleh lihat ratusan kelawar yang hidup di dalam gua ini. Seeloknya jangan bercakap atau menyuluh kelawar-kelawar ini dengan lampu headlamp anda kerana dikhuatiri boleh terbang masuk ke dalam baju anda. Gurau je! Ia untuk elakkan kelawar terbang ketakutan. Dan satulagi anda juga perlu menahan bau najis kelawar yang agak banyak disini.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Gua Kelawar (CP5)

Disini ialah CP6 yang dipanggil sebagai Gua Kapal. Ini kerana disana terdapat suatu batu yang seakan-akan seperti layar pada kapal. Ada mitos mengatakan ia adalah kapal yang digunakan oleh Maloi bersama puteri bunian untuk lari. Gua ini juga agak luas seperti sebuah ‘Dewan’. Dikatakan ia mampu memuatkan lebih 200 orang dalam satu masa. Sebab itu gua ini juga dikenali sebagai Gua Dewan juga.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Gua Kapal atau Gua Dewan (CP6)

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Batu yang seakan seperti layar pada kapal

Dalam perjalanan, anda juga akan bertemu sebiji batu yang mempunyai gambar 2 orang manusia. Mitos mengatakan ia adalah gambar Maloi dan puteri bunian. Walaubagaimanapun, dari segi teorinya ia berpunca daripada titisan air yang berterusan pada batu itu sehingga membentuk lakaran seperti seorang manusia.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Batu yangn mempunyai lakaran gambar 2 orang manusia yang dikatakan milik Maloi dan Puteri Bunian.

Memang agak mencabar untuk sampai keluar. Anda juga perlu melalui beberapa celahan batu yang kecil serta celahan batu yang mempunyai air yang deras.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Setelah anda keluar daripada gua ini (CP12) , anda bolehlah berehat seketika untuk menikmati udara segar di luar.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Penerokaan diteruskan untuk ke CP13 hingga CP24 dengan mendaki dan menuruni sebuah bongkah batu sungai sebelum memasuki pintu gua semula. Walaubagaimanapun ia lebih mudah daripada laluan sebelumnya. Anda hanya perlu merangkak untuk melepasi bongkah-bongkah batu tersebut di sepanjang laluan itu.

CP24 merupakan laluan gua yang terakhir. Di situ terdapat tulisan di atas sebuah bongkah batu yang tertera ungkapan, ‘Tahniah, anda telah berjaya’.

Diakhir laluan ini, anda akan dibawa kesebuah batuan granit yang besar. Batu tersebut dipanggil sebagai Batu Maloi. Batu setinggi 8 meter itu dikatakan merupakan pintu antara dunia nyata dan bunian seperti yang diceritakan oleh mitos Maloi dan puteri Bunian.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Batu Maloi

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Pisng Telunjuk Langit yang unik dan penuh misteri boleh dilihat ketika berada di puncak Batu Maloi.

Struktur bongkah Batu Maloi mempunyai lilitan akar-akar pokok yang agak besar yang tumbuh meliar di atasnya. Di atasnya, terdapat pokok hutan yang unik dan misteri dikenali sebagai pisang telunjuk langit oleh penduduk tempatan. Tidak seperti pisang biasa, pisang itu hanya tumbuh melalui sebatang tangkai yang muncul daripada permukaan batu dan buahnya mempunyai tiga warna iaitu warna merah, kuning dan hijau.

Menjelajah Di Gua Batu Maloi Dan Cerita Disebaliknya

Pintu keluar Gua Batu Maloi.

Perjalanan diteruskan sehinggalah anda tiba ke tapak permulaan.

SUMBER – nadzirahata.blogspot.my (2015); wacanaku2009.blogspot.my (2012); akarbangsa.blogspot.my (2012); myfir2u.blogspot.my (2015); www.mierahassan.com (2017); Kosmo Online (2012);

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.