Kalau anda ke Seremban 2 dan tak tahu hendak ke mana atau buat aktiviti apa. Bolehlah cuba pula beriadah di Hill Park S2 Height. Hill Park S2 Height adalah salah satu tarikan yang semakin popular di Seremban 2.
Hill Park S2 Heights ini dibuka untuk umum pada sekitar tahun 2013, Hill Park S2 Height berkeluasan 30 ekar, terletak di salah satu kawasan berbukit yang tinggi di Seremban 2 iaitu pada ketinggian 162 meter di atas aras laut.
Hill Park S2 Heights adalah taman yang dibina dan di selengara oleh IJM Land khusus untuk aktiviti rekreasi keluarga, bersantai dan untuk menikmati pelbagai aktiviti luar yang disediakan kepada pengunjung.
Hill Park S2 Heights ini terletak di atas bukit. Jadi, anda dikehendaki untuk berjalan kaki untuk sampai keatas. Ini kerana kenderaan tidak dibenarkan untuk naik keatas buat masa ini. Hanya kenderaan tertentu sahaja dibenarkan untuk naik ke atas. Tapi anda tidak perlu risau, kerana dibawah terdapat kawasan parkir dan pondok pengawal dipintu masuk taman ini. Masa yang diambil untuk berjalan kaki ke atas ni dalam 10-15 minit.
Tapi kalau agak-agak dah semput tu, boleh ‘take 5’ sebentar. Cuba lihat pemandangan dari sisi bukit. Rumah-rumah di bawah ini kesemuanya dibina oleh IJM Land.
Untuk pengetahuan anda semua, Hill Park ini terbahagi kepada 3 Zone. Setiap zone di bahagikan ikut ketinggian. Yang bewarna Hijau adalah Zone 1, biru, Zone 2 dan Pink, Zone 3.
Di Zone 1, ada taman permainan menarik untuk anak-anak kecil. Walaupun di buka untuk umum hampir 5 tahun, taman permainan ini masih terjaga dan diselenggara dengan baik.
Selain dari taman permainan kanak-kanak, tumpuan menarik di sini adalah pokok yang di tanam di sekitarnya. Ini kerana pihak IJM Land mmendedahkan kepada pengunjung dengan jenis jenis pokok yang ada di tanam di sini. Siap ada nama dan asal pokok lagi tu.
Seterusnya tarikan popular di taman ini ialah Di Zone 2 dimana ia merupakan Dinosaur Zone! Bagi yang teringin nak bergambar dengan dinasour. Inilah masanya. Jangan risau, semua jinak-jinak belaka. Tapi jangan disentuh dinasour tuh, takut nanti ‘Pak Guard’ dinasour yang akan tegur anda nanti:) .
Walaubagaimanapun dinasour ni bukanlah bergerak-gerak seperti dekat mana-mana taman tema tu. Ia adalah statik (tidak bergerak). Tapi pihak IJM ada sediakan informasi seperti nama dan asal-usulnya bagi setiap dinasour yang terdapat disitu.
Tak cukup dengan melihat dinosaur, di Zone 2 juga menyediakan Flying Fox untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun, pastikan kanak-kanak anda bersama anda apabila bermain permainan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Di zone ini juga, boleh bawa anak-anak anda untuk cuba Climbing Cube ni. Manalah tahu boleh asah bakat anak anda menjadi seorang ‘wall climber’ yang hebat bila besar nanti:)
Tidak seperti di Zone 1 dan 2, di Zone 3 adalah tempat untuk bersantai. Di sini disediakan tempat Picnic Pavilions iaitu tempat berkelah, dan tempat duduk untuk pengunjung. Selain berehat dan bersantai korang boleh lihat pemandangan 360 darjah daripada Zone 3 ni.
Habis sahaja aktiviti anda disini, anda boleh pilih sama ada untuk turun kebawah menggunakan jalanraya yang anda gunakan tadi atau jalan hutan yang disediakan. Jalan hutan ini juga menghubungkan zone 3 dan zone 1.
Jadi kalau ada masa, bolehlah anda jalan-jalan disini. Terutamanya mereka yang mempunyai anak-anak kecil. Sudah tentu mereka akan gembira bila berada disini. Bagi anda yang nak datang, Hill Park S2 Height ini di buka untuk umum setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 9 malam.
Kawasan ini adalah Zon Bebas Merokok. Jadi yang merokok tu jangan cuba-cuba merokok disini ya.
SUMBER - www.benwahid.com (21/11/2025); unclezuan.com (16/10/2025); akubloggerguy.blogspot.my (27/11/2025)










