Mercu Tanda Baharu Daerah Jempol

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

BAHAU, 3 Jan – Majlis Daerah Jempol akan menaik taraf kemudahan di Taman Rekreasi Bahau dari masa ke masa agar ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

Ahli Majlis, Chong Fui Ming berkata, pihaknya sedia maklum bahawa lokasi berkenaan merupakan antara tempat tumpuan orang ramai sebagai lokasi beristirahat dan bersenaman.

“Justeru adalah wajar untuk kita mengambil kira soal landskapnya, untuk memperindah bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir. Ia juga sebagai galakkan kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat selepas masing-masing sibuk menguruskan urusan kerja dan tugasan harian.

“Maka dengan itu, baru-baru ini kita telah bina mercu tanda baru Jempol di situ iaitu binaan I Love Jempol. Ia akan menjadi salah satu tarikan di daerah ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, seorang juru foto berpengalaman, Lee Choon Soon telah memuat naik beberapa keping gambar menarik di mercu tanda baharu itu sekali gus menjadi bualan netizen.

Hasil karya Choon Soon juga dilihat begitu kreatif termasuk rakaman gambar pada waktu malam I Love Jempol di Taman Rekreasi tersebut.

Fui Ming berkata, usaha Choon Soon itu secara tidak langsung memberi daya tarikan kepada masyarakat luar untuk berkunjung ke daerah ini selain ke lokasi menarik lain sekitarnya.

Mercu Tanda Baharu Daerah Jempol

Gambar yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook, Lee Choon Soon yang merupakan seoraga juru foto berpengalaman.

Mercu Tanda Baharu Daerah Jempol Mercu Tanda Baharu Daerah Jempol Mercu Tanda Baharu Daerah Jempol

“Bagaimana pun, kita perlukan kerjasama daripada orang ramai untuk menjaga sebaiknya mercu baharu ini kerana ia merupakan tanggungjawab bersama. Kita bimbang ia menjadi mangsa vandalisme. Orang ramai mesti menjadi mata dan telinga MDJL susulan kita dalam usaha memperindah daerah ini,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (3 Januari 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.