Ada sesiapa yang dari Port Dickson pernah bersarapan pagi disini? Mana yang belum pernah datang lagi tu sama ada penduduk Port Dickson mahupun pengunjung yang datang melancong ke Port Dickson bolehlah mark tempat ini siap-siap kerana menu pagi disini juga boleh tahan rasanya.
Kafe Kampung Kaw yang bertemakan kedai makan santai ini terletak di Jalan Hj Sirat, Kampung Baru Sirusa, Port Dickson iaitu berhampiran dengan Kem Tentera Sunggala (Klik disini untuk lokasi). Ia menyajikan pelbagai makanan panas dan enak. Menu yang anda mesti cuba disini ialah Nasi lemak kambing bakar (RM11) serta juadah set kuih gemuk beserta sambal (RM3). Kalau anda lihatnya, sudah pasti terliur.
Antara menu makanan dan minuman yang disajikan disini.
Menurut pengusaha Kafe Kampung Kaw, Pn. Kasinah Tumin idea tercetusnya untuk membuka kedai ini adalah disebabkan dorongan daripada anaknya sendiri yang minat pada bidang masakan dan kebetulan pula dia mempunyai sebidang tanah yang kosong untuk dijadikan tempat berniaga. Lokasi kafe ini yang terletak di kawasan kampung serta di luar dari jalan utama menjadikan ia sesuai bagi mereka yang ingin mencari suasana makan yang nyaman dan tenteram.
Untuk pengetahuan anda, masakan disini kesemuanya dimasak terus apabila menerima tempahan daripada pelangggan dan bukan seperti dikebanyakan restoran dimana hidangan masakan telah disediakan sama ada dengan cara buffet atau dipanaskan semula. Lagi satu, selain daripada nasi lemak ada juga menu lain yang anda boleh cuba seperti nasi ayam, mee kari, bubur nasi, nasi goreng dan lain-lain lagi. Jadi apa tunggu lagi, mana-mana yang dah dekat tu bolehlah bersarapan pagi disini.
Kedai yang dibuka bermula pada 7.00 pagi hingga 3.00 petang pada setiap hari selain Jumaat ini turut menghidangkan makanan tengah hari kepada pelanggannya. Jom kita tengok sikit menu masakan di kafe ini;
Nasi Lemak Kambing Bakar
Kuih Gemok + Sambal Sardin
Chokee Trex
Green Tea Latte
Cappuccino + Pretty Barista
Sumber - Perkongsian Facebook Page menarikdiPortDickson; Facebook Kafe Kampung Kaw; Instagram Kafe Kampung Kaw.









