Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat Tiga Terminal One, Seremban

Share on Facebook
Tweet on Twitter

SEREMBAN, 25 Sept - Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta Stesen Bas Terminal One, Seremban, petang hari ini.

Mangsa meninggal dunia dipercayai terjatuh bangunan Terminal One Seremban. - Foto FB MainProp Seremban

Dalam kejadian 3.20 petang itu, mangsa berusia 54 tahun terbabit dikatakan datang bersama anak untuk berjumpa seorang rakannya.

Difahamkan, lelaki itu meminta anaknya menurunkan dia dari kereta terlebih dulu sementara mencari tempat letak kenderaan, sebelum dia ditemui terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan.

Saksi, Jasri Arshad, 51, berkata, dia terkejut mendengar dentuman kuat dan menyangka sampah dibuang dari tingkat atas.

Foto Harian Metro

Foto FB MainProp Seremban

“Ketika kejadian, saya bersama rakan sedang minum petang di gerai di stesen bas ini. Apabila mendengar bunyi itu, saya segera menoleh dan terkejut melihat seorang lelaki terbaring. Saya menghampiri dan melihat dia sudah tidak sedarkan diri. Rakan saya menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

Sumber - Harian Metro (25 September 2025 | 7:03 PM); FB MainProp Seremban.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.