Jenazah Adik Fahmie Selamat Dikebumikan Di Sikamat, Seremban

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

SEREMBAN - Jenazah tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Fahmie Abdullah, 11 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan kita-kira jam 9:30 malam semalam.

Menurut Ibunya, Noor Azlina Bakry, 36, berkata anak sulung daripada empat beradik itu, menghubunginya Selasa lalu, memberitahu keinginannya untuk menjamah pulut kuning dan rendang yang dipesan daripada ibunya.

“Abang suruh saya bawa makanan itu ketika melawatnya Ahad ini. Tapi tidak sangka, dia pergi dulu sebelum kami sempat bertemu. Apa pun , saya reda dan bersyukur kerana jenazah abang berada dalam keadaan agak sempurna,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian jenazah di Makam Tuan Haji Said, Sikamat di sini, malam tadi.

Noor Azlina berkata, anaknya itu menunjukkan perubahan sikap menjadi pendiam selepas datuknya meninggal dunia bulan lalu, mungkin disebabkan terlalu sedih kehilangan orang tua yang menjaganya sejak kecil.

Katanya, anaknya yang baru dua bulan belajar di pusat tahfiz itu, turut meminta untuk kembali ke pusat tahfiz lamanya di Sikamat di sini dengan alasan dia berasa tidak sedap hati selain mahu berada dekat dengan neneknya.

“Tetapi kami tidak melayan permintaannya. Dia akur walaupun agak keberatan. Kali terakhir kami sekeluarga berjumpa dengan arwah adalah ketika dia pulang dua minggu lalu sebelum ibu saudaranya menghantarnya ke asrama. Sebelum berpisah, abang memeluk saya dengan amat erat beberapa kali. Saya berasa agak pelik tetapi tidak syak apa-apa langsung,” katanya sebak.

Terdahulu, jenazah Muhammad Fahmi tiba di pekarangan Makam Tuan Haji Said, kira-kira jam 8.40 malam dan selamat dikebumikan pada jam 9 malam. Bacaan doa dan talkin dikendalikan Imam Masjid Kariah Paroi Jaya, Raza Mohd Zain.

Lebih 200 ahli keluarga, saudara mara dan pelajar dari sebuah pusat tahfiz di sini hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah.

BANGUNAN asrama pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang musnah dalam kebakaran hari ini.
Kejadian tragis yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu mengorbankan 22 pelajar dan dua warden di pusat tahfiz itu pada 5.15 pagi tadi.
- Foto BERNAMA

JENAZAH Muhammad Fahmie Abdullah, 11, salah seorang yang pelajar yang terkorban dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said malam ini. - Foto BERNAMA

IBU Muhammad Fahmie Abdullah, 11, salah seorang yang pelajar yang terkorban dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Noorazlina Bakry, 36, bersedih ketika jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said malam ini. - Foto BERNAMA

Sumber - Berita Harian (15 September 2026 | 11:50pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Orang Nogori
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.