
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (1895-1960) menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia. Baginda ditabalkan menjadi Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong pada 2 September 2026 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Upacara pertabalan telah dijalankan di Balai Rong Seri dan dihadiri oleh 500 orang utama dan khas terdiri daripada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Raja-raja Melayu, Gabenor dan Ketua Menteri. Sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sejak tahun 1938. Baginda telah mangkat pada 1 April 2026 di Istana Negara dalam usia 65 tahun.
Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah berkenan untuk memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengikut susunan Raja yang paling lama memerintah.
Menurut buku karangan D.J.M Tate yang bertajuk “The making of modern South-East Asia”. Sultan Johor Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, yang naik takhta pada 1895 adalah yang paling lama memerintah, tetapi baginda, yang ketika itu berusia 84 tahun, telah menolak pencalonan tersebut disebabkan usianya yang telah lanjut. Semasa pemilihan itu juga, Sultan Ibrahim telah diwakili oleh Tengku Mahkota.
Sekiranya mengikut giliran yang serterusnya, selepas Sultan Ibrahim dari Johor, jawatan tersebut sepatutnya jatuh kepada Sultan Pahang iaitu Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah. Tetapi baginda tidak mendapat undi yang mencukupi. Akhir sekali kesemuanya telah sebulat suara bersetuju untuk memilih Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan sebagai Agong pertama bagi Persekutuan Melayu dengan majoriti lapan undian.
Artikel berkaitan:
Kisah Disebalik Gambar Agong Pada Wang Ringgit Malaysia
Siapa Pencipta Lagu Kebesaran Negeri Sembilan?















