Kisah Menteri Besar Yang Main Bola Sepak

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Dipetik daripada laman web The Patriots yang ditulis oleh Khairul Ashraf Muhamad (KAM) berkenaan pembabitan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam arena Bola Sepak semasa zaman mudanya.

Ini adalah komen dari Y. Bhg Dato’ Ghani Hassan sendiri, adik kandung Menteri Besar Negeri Sembilan. Selaku bekas pemain NS, beliau bermain juga di samping abangnya dalam banyak ketika. Untuk yang tidak tahu, Y. Bhg Dato’ Ghani adalah Naib Presiden PBNS yang kini turut memikul tanggungjawab selaku Naib Presiden FAM.

Beliau sendiri mengesahkan dan memberi komen tentang karier bolasepak dan ‘peristiwa kad merah’ Tok Mat Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Padang MPS, Seremban semasa zaman mudanya dalam dua post aku sebelum ini.

“Tok Mat tak pernah main untuk pasukan Utama Negeri Sembilan. Dia banyak bermain di kelab-kelab di KL dan Selangor. Antaranya Kelab Hong Chin, kemudian bermain juga untuk pasukan Universiti Malaya.”

“Rakan seangkatannya seperti Abdullah Ali, lagenda sepak sudut ‘banana kick’ Malaysia. Tok Mat dipanggil untuk bermain dengan Negeri Sembilan, tetapi beliau tolak kerana padanya pelajaran masa itu penting untuk merubah nasib keluarga kami yang susah maso tu.”

“Kad merah yg diperolehi ketika bermain adalah semasa beliau mewakili NS Malays menentang NS Indian. Saya pun bermain maso tu. Dia ditugaskan utk menjaga G. Torairaju pemain Malaysia ketika itu (kemudiannya jurulatih NS Cempaka).”

Kisah Menteri Besar Yang Main Bola Sepak

“Agak ea dek susah bona jago G. Torairaju, ditungka ea ketika dalam keadaan bahaya, sebelum itu dah dapek kad kuning. Bila pengadil tunjuk kad merah, dirampasnya kad merah tersebut dan dibaling, melayang macam ‘drone’ poie ea kad merah tu dan sangkut terus ateh pokok rendang topi jalan kek ucap ‘Selamat Datang Ke Seremban’ sekarang ni.”

“Lopeh tu, pengadil tak ada lagi kad merah. Tok Mat digantung seumur hidup oleh PBNS. Akhirnya dia pula yang jadi Presiden PBNS. Pernah dalam mesyuarat maso Tok Mat jadi Presiden PBNS, dicadang oleh Ahli Exco untuk tarik balik pengantungan ea, tetapi selaku Presiden dia tak setuju sobab dio ngaku dio salah.”

“Penggantungan tu hanya berkuatkuasa di Liga NS ajo maso tu. Kek negori lain buleh main. Nasib baik laa, FB takdo waktu tu. Kok ado jadi viral, ‘famous’ Tok Mat.”

“Keputusan perlawanan NS Malays vs NS Indian tu berkesudahan draw 1-1. Itu laa deh pengorbanan Tok Mat, ditungka ea G. Torairaju sampai tempang orang tu, dapek draw klu tidak NS Malays hanyut hari tu.”

Kamus Nismilan;

  1. Jongkeh: Keras, selalunya menggambar keras dek lemas, atau mati tak bernafas.
  2. Tungka: Tumbang, rebah, jatuh. Dalam konteks bolasepak; dijatuhkan, dikasari.

*Keterangan gambar dibawah;
Kisah Menteri Besar Yang Main Bola Sepak

1. Tok Mat dengan barisan pemain dalam pasukan UM nya sekitar 70an. Perhatikan lagenda Abdullah Ali bekas pemain Malaysia di sebelah kanan Tok Mat (berbaju belang) gambar dari FB peribadi Tok Mat sendiri. Abdullah Ali pernah mewakili Malaysia dalam skuad Sukan SEA 1979. Abdullah Ali bermain sebaris dengan Soh Chin Aun, James Wong, Mokhtar Dahari dan lain-lain lagenda bolasepak negara sekitar tahum 70an.

Kisah Menteri Besar Yang Main Bola Sepak

2. G. Torairaju. Yang di torai eh dek tokmat sampai tempang. Joki eh dapek main Malaysia, jadi lagenda, siap lopeh tu jadi coach NS Cempaka balik ngadap Tok Mat.

Kisah Menteri Besar Yang Main Bola Sepak

3. Booklet satu pertandingan oleh Ovaltine sempena Piala Dunia Sepanyol 1982, membariskan semua ahli pasukan Malaysia dalam Kumpulan 3 Asia-Oceania dalam kelayakan di Kuwait. G. Torairaju dan Abdullah Ali dalam pasukan yang sama.

Kisah Menteri Besar Yang Main Bola Sepak

4. Persis kehenseman Tok Mat, Y. Bhg Dato Ghani Hassan sendiri.

Timo kasih Dato’, pueh ati sey dapek tau cito sebona eh.

SUMBER – Petikan artikel daripada thepatriots.asia (Penulis: Khairul Ashraf Muhammad)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.