Apa Itu Luak Tanah Mengandung?

Share on Facebook
Tweet on Twitter

Mungkin anda biasa dengar Luak Berundang seperti Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau. Bagaimana pula dengan Luak Tanah Mengandung? Kami pasti ada dikalangan anda semua yang masih keliru serta tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan Luak Tanah Mengandung ni. Tahukah anda yang Luak Mengandung juga adalah pelengkap kepada 4 luak utama ini. Kerana jika tiada Luak Tanah Mengandung ini maka tidak lengkaplah 9 luak yang membentuk Negeri Sembilan.

Berdasarkan sistem politik tradisi wilayah adat perpatih, Negeri Sembilan kini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Luak Berundang, Luak Tanah Mengandung dan Luak Tampin. Luak Berundang yang menjadi asas pembentukan kerajaan Negeri Sembilan iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Johol termaktub dalam perlembagaan negeri sebagai ‘Undang Yang Empat’.

Luak Tanah Mengandung pula yang terdiri daripada 5 sub luak iaitu Ulu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir. Setiap satu luak tersebut diwakili oleh seorang pembesar dikenali sebagai penghulu. Penghulu-penghulu dalam lima ‘Luak Tanah Mengandung’ ini menjadi pembesar kepada Yamtuan berdasarkan perjanjian pada tahun 1876 (Perjanjian Yamtuan Antah dengan penghulu luak & British). Klik disini untuk cerita lebih lanjut.

Petikan daripada Takhta Kerajaan Negeri Sembilan oleh A. Samad Idris

Walaubagaimanapun dalam beberapa kajian menyatakan timbul beberapa kekeliruan menngenai sembilan negeri yang bergabung dalam Negeri Sembilan apabila Raja Melewar (Yamtuan Pertama) menaiki takhta pada tahun 1773. Mengikut pengkaji barat iaitu Nathan dan Winstedt, mereka memasukkan Pasir Besar, Jelai dan Ulu Pahang dalam senarai sembilan negeri berkenaan. Tetapi Pasir Besar telah ditukar kepada Ulu Muar setelah kedudukannya tidak bertaraf luak. Jelai pula ditukar kepada kepada Inas manakala Ulu Pahang dimansuhkan daripada Kenaboi dan Kenaboi menjadi sebahagian daripada Luak Jelebu.

Peta luak-luak Negeri Sembilan sebelum tahun 1773 (Jemputan Raja Melewar sebagai Raja di Negeri Sembilan

Dipercayai kedudukan lima penghulu luak di Luak Tanah Mengandung mula menurun selepas perjanjian 1898. Dalam perjanjian tersebut hanya Undang Yang Empat bersama Yamtuan Tuanku Muhammad (Yamtuan ke-7) sahaja mewakili Negeri Sembilan untuk menandatanganinya bersama dengan E.W. Birch yang mewakili kerajaan Inggeris.

Peta luak-luak Negeri Sembilan yang termaktub dalam perlembagaan negeri 1895 (Perjanjian menubuhkan persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan)

Selepas perjanjian itu, kedudukan lima luak ini adalah berpusat di istana Seri Menanti, tidak seperti ‘Luak Yang Empat’ lagi yang berpusat di Balai Undang masing-masing. Ketika Raja Melewar bersama angkatannya menuju ke Negeri Sembilan sekitar abad ke-18, angkatan tersebut terpaksa berperang dengan angkatan anak-anak raja Bugis di Naning. Selepas berjaya mengalahkan mereka, Raja Melewar terus ke Rembau dan bersemayam di Astana Raja, Penajis. Disinilah timbulnya perbilangan selepas Raja Melewar menaiki takhta di Seri Menanti;

Dengan demikian luak yang termasuk di dalam ‘Tanah Mengandung’ ialah Wilayah dibawah kekuasaan Seri Menanti yang diketuai oleh Yamtuan iaitu Raja dari Pagaruyung.

Hubungan lima luak ini dengan Seri Menanti dapat disaksikan semasa peristiwa pergolakan Yamtuan Antah (Yamtuan ke-6) pada tahun 1874 dengan Sungai Ujong dimana krisis tersebut bermula apabila Yamtuan Antah secara terbuka menyokong Dato’ Shahbandar yang berperang melawan Dato’ Kelana Putera di Sungai Ujong. Kesemua lima luak Tanah Mengandung dibawah kekuasaan Seri Menati memberi sokongan kepada langkah Yamtuan Antah yang menyebelahi Dato’ Shahbandar Sungai Ujong.

Peperangan yang meletus ini (Perang Bukit Putus) berakhir dengan kekalahan Dato’ Shahbandar dan Yamtuan Antah. Setelah itulah perjanjian pada 1876 dibuat dimana Yamtuan Antah hanya berkuasa memerintah Seri Menanti yang meliputi Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir dan Inas.

Semasa Raja Melewar menaiki takhta, kedudukan lima Luak Tanah Mengandung ini tidak sama seperti luak-luak yang memegang ‘Undang Yang Empat’. Bagaimanapun dalam perjanjian bertakrih 4 Jun 2026 menetapkan keturunan Yamtuan Radin sebagai Yamtuan Seri Menanti, penghulu-penghulu Luak Tanah Mengandung ikut sama menandatangani perjanjian tersebut.

Petikan sebahagian dalam perjanjian 4 Jun 2026

Dalam dokumen ini melengkapkan bahawa 5 luak Tanah Mengandung yang terbabit tidak dapat dipertikaikan lagi kedudukannya dalam pemerintahan Negeri Sembilan. Sekalipun sebelum tahun 1773, Gunung Pasir dan Tampin tidak termasuk dalam persatuan sembilan negeri itu, tetapi perlembagaan negeri 1895 (Perjanjian menubuhkan persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan) telah menetapkan negeri-negeri yang bergabung dalam Negeri Sembilan ialah; Sungai Ujong, Jelebu, Johol (termasuk Inas), Rembau, Tampin, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir.

Sebelum tahun 1773, pergolakan politik penjajah telah memaksa perpecahan keatas sembilan negeri itu. Naning telah diletakkan dibawah pentadbiran Melaka dalam tahun 1870-an, manakala sebelumnya anak-anak raja Bugis di Selangor menuntut Kelang. Segamat yag merupakan sebahagian daripada Luak Jempol pula terlepas ke tangan Johor, Ulu Pahang pula masuk ke negeri Pahang dengan meninggalkan Kenaboi kepada Luak Jelebu.

Luak-luak di Negeri Sembilan sebelum tahun 1773 dan selepas 1985.

Lima Luak Tanah Mengandung dan Tampin ternyata tidak termasuk dalam persekutuan Sembilan negeri yang diasaskan sebelum tahun 1773. Hanya empat luak yang terus kekal iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Johol yang dikenali sebagai kuasa ‘Undang Yang Empat’. Seri Menanti di bawah pemerintahan Yamtuan Antah pada tahun 1876 dikenali sebagai ‘Luak Tanah Mengandung’ mengandungi Ulu Muar, Jempol, Terachi, Inas dan Gunung Pasir.

Sumber - Negeri Sembilan Gemuk Berpupuk, Segar Bersiram: Luak Tanah Mengandung (1994); arkib.gov.my (HIDS); Warisan Diraja Negeri Sembilan Darul Khusus; cucutgmunawir.blogspot.my

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.