4 Okt - Nampaknya sekali lagi kartunis kelahiran Negeri Sembilan iaitu Ujang atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Anon terpalit dengan kes yang sama iaitu ditipu oleh mereka yang menggunakan khidmatnya. Rasa kesal tersebut telah diluahkan oleh beliau di Facebook rasminya.
Petikan daripada perkongsian Facebook Ujang
Berdasarkan perkongsian beliau di Facebook, ia dikatakan telah ditipu oleh syarikat yang menerbitkan siri animasi 26 episod petikan daripada Kompilasi Intelligent Blues Club (IBC) karya Ujang.
Kompilasi Intelligent Blues Club (IBC) karya Ujang
Animasi 26 episod Intelligent Blues Club (IBC) yang akan disiarkan di televisyen RTM
Menurutnya lagi, syarikat berkenaan dikatakan telah menggunakan khidmat beliau dalam penerbitan animasi tersebut memandangkan Harta Intelek (IP) bagi Intelligent Blues Club (IBC) adalah milik Ujang sendiri. Penggunakan karektor tersebut telah dicadangkan sendiri kepada Jaafar Taib selaku pengarah urusan di CESB (Penerbit Majalah Gila-Gila).
Walaubagaimanapun, setelah syarikat tersebut memohon geran daripada MOSTI bernilai 1.6 juta untuk menghasilkan animasi berkenaan serta berjaya menjualnya kepada sebuah syarikat televisyen tempatan, Ujang masih tidak menerima apa-apa insentif daripadanya.
Syarikat yang didakwa telah menipu Ujang
Sumber - Facebook Ibrahim Ujang Anon















