4 Cerita Seram Paling Banyak Disebutkan Di Jalan Lama Bukit Putus

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

Seperti kita ketahuai asal usul nama bukit putus sebenarnya masih tidak diketahui dengan jelas sehingga hari ini. Walaubagaimanapun ada mitos atau cerita daripada orang-orang terdahulu mengenai asal usul nama Bukit Putus ini seperti yang disebutkan dalam artikel kami sebelum ini.

Sebenarnya bukit putus mempunyai cerita misteri yang sungguh luar biasa adapun kata ianya hanya rekaan tetapi terserah sama ada mahu percaya atau tidak. dan perpeganglah apa yang berlaku semua adalah dibawah kekuasaan ALLAH S.W.T. wallahu a’lam

1.Misteri Pak Cik Naik Basikal

Aku ada dengar cerite pasal misteri jalan bukit putus ni. Kebetulan, ex supervisor aku orang rumahnya dari kuala pilah. so die selalu la ikut jalan tu. die pernah cerite, mase tu die baru kawen. hari minggu dieorang pun weekend la balik kuala pilah. lalu kat jalan bukit putus tu dalam pukul 4 pagi.entah macamana masa kat corner yg first tu, diorang boleh terserempak dengan pakcik naik basikal..masing2 diam buat tak nampak.Masuk corner kedua..eh jumpe lagi. Supervisor aku ni dah tak sedap hati dah. masuk corner ke tiga…dieorang nampak lagi pakcik tu kayuh basikal..rilek je..tibe2, wife supervisor aku cakap…”pelik la, pakcik ni dah 3 kali kite jumpa” terus supervisor aku marah wife dia sebab mulut cabul. barulah orang rumah die paham, yg diorang nampak tu bukan manusia.tibe di rumah mertua, wife die terus demam.

2.Misteri Orang usung keranda

Saya dahulu berulang alik dari Seremban ke Kuala Pilah kerana pernah bertugas di JPJ Seremban.Pada suatu malam yang sunyi lampu kereta saya tiba-tiba terpadam dan radio turut senyap. Waktu itu jam 1 pagi.

Bila dikacau, saya teruskan perjalanan macam biasa dan tidak menghiraukan apa yang berlaku.Tiba-tiba saya ternampak sekumpulan orang mengusung keranda. Saya berasa lega bila melihat ada orang ramai.

Perasaan takut mula hilang.Namun bila tiba di puncak bukit, tiba-tiba saya terfikir, di selekoh ketiga itu mana ada rumah orang dan takkanlah dia nak mengusung mayat tu sampai bawah jalan kaki,namun baharulah saya tersedar, mungkin apa yang saya lihat bukan orang sebenar.

Sehingga hari ini masih tidak terjawab siapa yang mengusung,
siapa yang diusung dan kemana mereka pergi..???
wallahu a’lam

3.Misteri Perempuan bersama tiga anak

Ini cerita tahun 90-an dulu. Masa tu, saya bertugas dalam JPAM. Saya berulang alik dari Felda Kepis ke Seremban. Kejadian itu berlaku selepas selesai saya habis bertugas. Saya bergerak dari JPAM jam 12.30 tengah malam dan tiba laluan kedua selekoh jam 1 pagi dari Seremban.

Tempatnya di kawasan kebun durian dekat selekoh paling tajam di jalan lama Bukit Putus. Masa itu naik kereta. Sebelum ini, kawan ada bagi tahu laluan itu agak scary tapi saya tidak percaya.

Hinggalah, pada malam itu, saya ternampak seorang perempuan berjalan di tengah jalan bersama tiga anaknya dan seorang didukung.

Perasaan ketika itu, hanya ALLAH SWT yang tahu. Takkanlah, jam 1 pagi ada orang di kawasan itu dan di situ tiada rumah. Memang seram sejuk waktu itu. Saya teruskan perjalanan seperti biasa tanpa menegur perempuan itu.

4.Misteri Kendaraan tiba-tiba jadi berat

“Waktu itu tahun 2002, jam 2.30 pagi dari arah Seremban. Masa itu, jalan lengang langsung tiada kereta atau lori. Saya pun tidak fikir apa-apa, sehinggalah berhampiran Kem Pengakap sebelah kiri, tiba-tiba kenderaan saya jadi berat. Memang nak naik ke jalan itu agak payah,” kata Ismail Shah Abd Samad.

Katanya, dia hanya terfikir keretanya rosak kerana kenderaan itu sering meragam.

“Saya pun lihat cermin pandang belakang, untuk lihat kalau ada kenderaan lain untuk minta bantuan. Tetapi apa yang saya nampak, objek berwarna putih dan samar-samar di bonet belakang kereta. Automatik menggigil satu badan.

“Saya teruskan perjalanan, baca ayat Kursi tetapi secara tiba-tiba bau wangi kapur barus pula datang. Memang sangat seram waktu tu. Bila tiba puncak Bukit Putus, terdengar bunyi angin kuat dan tiba-tiba juga kereta saya menjadi ringan.

“Itulah peristiwa paling saya tidak boleh lupakan sehingga kini. Saya pernah berbual dengan pemandu lori di hentian rehat Ulu Bendul dan mereka beritahu, jam 2 pagi hingga ke 4 pagi, jalan itu akan diganggu Pontianak.”

Kami juga mencari beberapa komen daripada apa yang diceritakan disini dan kebanyakan mereka juga mempunyai kisah mereka sendiri. Disini kami ada beberapa screenshot komen yang sempat kami ambil.

Akhirkata dari kami. Wallahu a’alam

Apa-apapun Jalan bukit putus sekarang pun sudah ada alternatif baru, kerajaan dah siapkan satu jalan baru yang lebih lurus dan lebar, jadi balik raya ni nanti hati-hatilah, jangan laju-laju…kalau terjumpa tu doa2lah kepada yang satu mintalah perlindungan daripadaNya. - Sumber Friends Of Waghih FB

Artikel berkaitan:
Kisah Disebalik Nama Bukit Putus Kuala Pilah

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.