Polis Temui Petunjuk Baru Kes Bunuh Juruteknik Pergigian

PORT DICKSON, 23 Jan – Polis Port Dickson menemui beberapa petunjuk baharu dalam siasatan kes bunuh juruteknologi pergigian, Mahussin Abd Rahim,28.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, petunjuk baharu itu akan membantu polis menyelesaikan siasatan kes.

Menurutnya, walau bagaimanapun, pihaknya tidak dapat mendedahkan petunjuk tersebut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan polis terhadap kes berkenaan.

“Dalam pada itu, polis masih mengesan motosikal milik mangsa yang di bunuh jenis Yamaha 15ZR warna kelabu hitam nombor pendaftaran RT 4644. Kehilangan motosikal itu dipercayai ada kaitan dengan kes ini,” katanya.

Semalam, sekitar jam 8.30 pagi di kediaman tingkat empat kuarters kakitangan klinik kesihatan Lukut mayat Mahussin ditemui oleh rakan sekerjanya yang datang ke kediaman tersebut selepas dia tidak hadir kerja sejak Jumaat lalu.

Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian adalah kecederaan parah di muka dan kepala akibat hentakan objek tumpul.

Polis mengklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan siasatan polis di lokasi, ketika mayat ditemui, pintu rumahnya tidak berkunci manakala grill dalam keadaan terbuka dan tiada kesan geledah mahupun pergelutan.

[ARTIKEL TERDAHULU: Juruteknik Pergigian Ditemui Mati Di Rumah]

Mayat dijumpai terbaring di atas tilam di bilik utama dengan hanya memakai seluar. Terdapat sebuah bantal menutup mukanya dan terdapat juga kesan percikan darah di bahagian dinding.

Kali terakhir mangsa keluar dengan rakannya pada jam lebih kurang jam 10malam Khamis lalu di pekan Port Dickson.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (23 JANUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.