Ternakan Yang Berkeliaran Boleh Disita

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Majlis Daerah Jempol (MDJL) menggesa pemilik ternakan khususnya lembu atau kerbau supaya memantau ternakan masing-masing dengan tidak membiarkannya berkeliaran sehingga menjejaskan pengguna jalan raya.

Yang Dipertuanya, Zazali Salehudin berkata, beliau tidak menghalang mereka menternak, namun perlu bertanggungjawab ke atas ternakan itu.

“Mereka mesti tahu ke mana lembu atau kerbau selalu meragut, bimbang ia menjejaskan pula pengguna jalan raya sepertimana berlaku kemalangan hingga menyebabkan kematian. Oleh demikian, kita akan bertindak tegas terhadap mana-mana pemilik lembu atau kerbau yang berkeliaran. Pemilik boleh didakwa mengikut Seksyen 12 Undang-Undang Kecil Kawalan Lembu-Kerbau 1987,” katanya ketika dihubungi.

Zazali berkata, haiwan ternakan yang didapati berkeliaran sehingga mengganggu orang lain boleh disita mengikut undang-undang.

“Jika berlaku insiden, ia bukan saja menyebabkan bahaya kepada orang awam tetapi kerugian kepada pemiliknya. Jadi kita harap pemilik terlibat ambil perhatian berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkaitan insiden tujuh lembu mati selepas dirempuh sebuah lori tangki dekat Jalan Pintas Bandar IOI, di sini, baru-baru ini. (Klik disini untuk berita berkaitan).

Kejadian sekitar jam 9 malam itu dipercayai berpunca apabila sekumpulan lembu tiba-tiba keluar ke tengah jalan dari ladang berhampiran.

Sumber – Sinar Harian (22 SEPTEMBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.