Penampakan Kelibat Kanak-Kanak Misteri Di Funfair Port Dickson

Satu kejadian ‘mistik’ yang dikatakan berlaku di suatu funfair di Port Dickson yang ternyata membuat netizen bingung dengan kelibat seorang kanak-kanak perempuan berambut panjang yang dikatakan tiba-tiba wujud di dalam permainan keretapi di funfair terbabit.

Pemuat naik video @iqinnordin, menulis di Twitter, “Kejadian ni jadi dekat funfair Port Dickson. Tengok betul-betul dlm video ni depan budak perempuan baju pink yang melambai tu kosong kan? Dia sorang je dalam (gerabak) train tu”.

Sekiranya anda perasan, ada kelihatan seorang kanak-kanak berbaju pink memulas stering di dalam video terbabit. Fokus kepada kerusi dihadapannya.

Ya, tiada apa yang pelik dengan video terbabit. Tapi lihat pula gambar yang diambil selepas itu.

Penampakan Kelibat Wanita Misteri Di Funfair Port Dickson Penampakan Kelibat Wanita Misteri Di Funfair Port Dickson

Menjawab soalan-soalan mereka yang musykil dengan kejadian Iqin menulis, “Bagi yg tertanya dalam video dia tengah main steering. Gambar tu diambil selepas keretapi tu pusing balik. Pusingan bila tengah jalan diorang takkan berhentikan selagi tak habis pusing. Berapa kali pusing tu tak pasti. Untuk kepastian, tengok budak belakang baju merah tu budak yang sama. Harap maklum.”

Sudah tentu ada yang percaya, dan tidak kurang juga yang tidak percaya. Tweet terbabit mendapat 7 ribu retweet dalam masa 12 jam ia dimuat naik.

SUMBER – TWITTER @iqinnordin via www.siakapkeli.my

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.