15 Minit Kutip Cebisan Otak Mangsa Kemalangan

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

REMBAU, 8 Feb – Polis dan anggota peronda Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengutip cebisan otak mangsa kemalangan maut di Kilometer 226.5 lebuh raya itu di Rembau, malam tadi.

15 Minit Kutip Cebisan Otak Mangsa Kemalangan

Anggota polis memeriksa keadaan mangsa yang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan. FOTO – Harian Metro

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, Mohd Haziq Haikal Yahaya, 20, yang menunggang Honda EX5 dari arah Melaka ke Senawang, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas digilis beberapa kenderaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintendan Nazruel Ekram Abu Shari berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Kundur Hulu, Rembau dipercayai melanggar belakang kenderaan sebelum dia terjatuh di atas jalan.

“Mangsa kemudian dipercayai digilis beberapa kenderaan lain yang datang dari arah belakang yang tidak sempat mengelak. Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan pada kepala selain kedua-dua tangannya patah.

“Pihak polis bersama beberapa anggota peronda PLUS mengambil masa 15 minit untuk mengutip cebisan otak mangsa di atas jalan kerana keadaan lokasi kejadian yang gelap,” katanya di Rembau, hari ini.

15 Minit Kutip Cebisan Otak Mangsa Kemalangan

Keadaan motosikal mangsa.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Katanya, pihaknya juga sedang mengesan kenderaan yang dipercayai dilanggar mangsa sebelum dia terjatuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER – Petikan berita daripada Harian Metro Online (8 Februari 2018 @ 1:23 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.