Sariah Binti Marjo yang berasal dari Kampung Bukit Tembok yang pernah disiarkan di akhbar Sinar Harian pada tahun 2013 telah menggemparkan penduduk tanah air kerana beliau dikatakan wanita tertua di didunia. Jika benarlah tarikh yang dicatat dalam MyKad, Sariah Marjo, yang dilahirkan pada tanggal 28 April 2026 mungkin boleh dikatakan wanita tertua di dunia, hanya setahun lebih muda daripada Misao Okawa, 114, yang diiktiraf wanita paling tua di dunia dalam Rekod Dunia Guinness pada ketika itu.
Walaupun umur Sariah pada ketika itu sudah mencecah ratusan tahun, dia tidak mengidap penyakit kronik, malah masih mampu menguruskan dirinya sendiri. Sariah juga menolak anggapan bahawa dia mengamalkan amalan tertentu sehingga usianya panjang serta kesihatan masih dalam keadaan baik. Mata dan telinganya juga masih peka, jalannya tidak perlu bertatih, malah makannya tidak perlu bersuap.
Pada masa lapang, Sariah tidak gemar menonton televisyen dan hanya mengisi masa luangnya dengan duduk di belakang rumah sambil berzikir. Sariah adalah anak sulung daripada empat beradik dan kesemua adiknya sudah meninggal dunia. Tiga daripada lapan anaknya juga meninggal dunia, termasuk empat daripada lima menantunya.
Sariah yang mempunyai 33 cucu, 60 cicit dan dua piut berkata, dia gembira kerana mempunyai keturunan yang ramai dan diberikan peluang oleh ALLAH SWT untuk melihat generasinya walaupun tidak mampu mengenal dan mengingati kesemua warisnya. Suami Sariah, Kasmawi Md Yunus meninggal dunia sekitar tahun 1970-an ketika berusia 70 tahun.
Ketika mudanya, Sariah seorang yang sangat kuat bekerja, dia menoreh pokok getah pada awal pagi dan kemudiannya turun ke bendang. Dia melakukan kerja itu untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai petani. Difahamkan yang anaknya juga akan memberi emaknya makan oat setiap hari, namun emaknya tidak boleh makan ayam. Mungkin ini yang menjadi antara faktor emak beliau masih sihat dan panjang usianya.
Pernah suatu ketika dimana Permohonan BR1M ditolak kerana kakitangan tersebut keliru dengan nombor pada kad pengenalannya. Menurutnya, nombor kad pengenalan emaknya adalah 990428****** dan ia banyak kali menimbulkan salah faham ramai pihak. Mungkin mereka yang beranggapan usia beliau adalah 14 tahun.
Walaubagaimanapun, kami mendapat tahu yang beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada subuh 6 ogos 2016 lepas di Kampung Sawah. Sama-sama kita doakan beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah.














