Suspek Kes Kehilangan Seorang Kanak-Kanak 10 Tahun Ditahan

Share on Facebook
Tweet on Twitter

PORT DICKSON - Polis Port Dickson telah menahan dua suspek lelaki berusia 18 dan 21 tahun dipercayai tebabit dengan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun pagi kelmarin di kediaman keluarganya di Kuaters Kakitangan Politeknik Port Dickson.

Sumber polis berkata, suspek tersebut yang juga merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Port Dickson ditahan disebuah kompleks membeli belah di Seremban sekitar jam 4.45 petang tadi (15 Ogos 2017).

Menurutnya, ketika ditahan, suspek sedang beratur hendak membeli tiket wayang.

“Polis menyiasat kes ini di bawah Akta Kanak-Kanak dan bukannya kes berkaitan culik memandangkan suspek tidak meminta wang tebusan,” katanya.

Sumber polis berkata, suspek akan di bawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman.

Terdahulu, sekitar jam 9 malam hari yang dalam kejadian ini, kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan oleh individu yang melarikannya ditepi jalan berhampiran pondok pengawal politeknik.

Kini kanak-kanak itu sedang mendapatkan khidmat kaunseling dan pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Kesan lebam pada tangan adik Faralysa Amani akibat diikat oleh penculik tersebut.

Sumber - Sinar Harian (15 Ogos 2017)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.