Sebelum ini kami ada ceritakan pengalaman seram di beberapa buah lokasi lebuhraya di Negeri Sembilan. Kali ini kami hendak kongsikan cerita di lebuhraya lain pula iaitu di Lebuhraya LEKAS (Kajang-Seremban). Lebuhraya LEKAS merupakan jalan alternatif lain selain daripada Lebuhraya PLUS (Kuala Lumpur - Seremban) bagi mereka yang dari Utara khususnya Kuala Lumpur dan sekitar untuk ke Negeri Sembilan.
Pengamalan ini dipetik dari salah sebuah blog berkenaan pengalaman lalu seorang pemuda pada tahun 2010/2011 yang sedang belajar pada ketika itu di Ampang, Selangor tetapi tinggal di sebuah kampung yang terletak di Negeri Sembilan. Ikuti kisahnya;
Selalunya jika aku hendak pulang ke kampung, kebiasaan aku akan bertolak setelah sesi kelas tamat pada pukul 5.30 atau 6.00 petang. Tapi memang jarang sekali aku pulang lewat malam kerana jalan yang akan aku lalu memang agak gelap lagi-lagi kalau berlaku kerosakan pada kenderaan aku.
Untuk pengetahuan semua, untuk pulang ke Seremban daripada Ampang, terdapat dua jalan, satu highway PLUS dan highway LEKAS (highway LEKAS pada waktu itu masih baru dan tidak ramai kenderaan yang menggunakannya pada waktu malam). Berbalik kepada kejadian hari tu, ia berlaku pada hari jumaat. Selepas kelas kebiasaannya aku akan terus pulang ke kampung dari fakulti, tetapi pada hari tu, boleh pula aku pergi ke hostel rakan untuk melepak dan sambung tengok bola sampai lah pukul 10 malam.
Untuk pengetahuan semua aku memandu sejenis kenderaan kecil buatan Malaysia (benda ni nampak tak penting tapi benda ni ada signifikasi dalam cerita di bawah 😀 ). Aku pun keluar la dari kolej kediaman dan terus memandu menggunakan lebuhraya PLUS iaitu jalanraya yang selalu aku gunakan untuk pulang ke kampung. Pada haritu, hujan sangat lebat dan nak dijadikan cerita, banjir teruk menyebabkan kesesakan lalulintas highway PLUS.
Aku pada masa tu dah teramatlah mengantuk dan kereta pula bergerak agak perlahan sehinggalah aku mendapati ada persimpangan keluar Kajang untuk masuk ke highway LEKAS. Aku pun tanpa berfikir panjang terus mengambil susur kiri dan menuju ke LEKAS. Aku pada malam tu langsung tiada rasa takut atau gementar. Dalam fikiran aku pada masa tu nak cepat sampai ke rumah dan terus tidur saja. Buat pengetahuan semua disebabkan kesesakan tadi, jam menunjukkan pukul 12 tengah malam ketika aku mengambil susur keluar ke LEKAS.
Bermulalah episod pemanduan aku di highway LEKAS. LEKAS pada masa tu, lampu jalan pun tidak banyak seperti sekarang. Keseraman aku masih tidak kunjung tiba walaupun tiada kenderaaan pun pada masa ni. Tiba-tiba, ketika aku sedang memandu dalam 100 km sejam. Kelihatan sebuah kenderaan di lorong kanan. Ak pada waktu itu sedang memandu di lorong tengah. “Yeahhhh ada kawan”, bentak hatiku kegirangan 😎 . Aku pun memecut kehadapan dengan niat agar tidak keseorangan. Akan tetapi tiba-tiba sumpah seranah keluar dari mulut aku. “Natey sungguh, nyesal aku guno jaley ni maley ni”. Walaupun aku ni orang Negeri Sembilan, berkat kawan-kawan ramai Kelantan, bila nak menyumpah mesti keluar loghat Kelate?. Tak tahu kenapa.
Mengantuk dah hilang dalam kamus hidup aku malam ni. “Kalau study malam ni, mesti markah tiggi”, detak hatiku. Korang rasa apa aku nampak? Mula-mula aku nak terangkan perihal kereta tu dulu, kereta yang digunakan benda alah ni kereta buruk ala-ala datsun, warna kusam. Lampu malap. Yang bahagian paling menarik, tingkap di bahagian penumpang dan pemandu diturunkan. Dan yang paling meruntun jiwa, tiada pemandu dan penumpang pun. Kereta kosong.. alahaiii makkk. Aku pun memecut laju sehinggakan kereta tu pun hilang dari pandangan mata aku. Ak pun menarik nafas lega sekejap.
Tengah-tengah lega, kereta itu muncul lagi di hadapan aku. Kejadian ni berulang sehingga tiga kali. Bahagian paling menarik ialah pada kali ketiga. Dia tidak membiarkan aku memotong, pedal minyak aku tekan sehingga 120 sampaikan bergetar-getar keretaku (time ni la kereta buatan malaysia tu penting, sapa boleh teka kereta aku 10 markah untuk dia). Aku memandu seiring dengan dia agak lama. Masa ni ketakutan memang memuncak, takut-takut dia kirim salam ke, main cak-cak kepala ke. Tapi Alhamdulillah gangguan dia sekadar tiada pemandu sahaja.
Kereta ini hilang secara tiba-tiba bila keretaku tiba di pondok tol sebelum persimpangan Jelebu. Ketika hendak membayar tol, akak tol sound aku, “hai dik, kenapa muka tu. Mengantuk ke?”. Aku mengangguk kelat. Takkan nak cerita kecut kena ganggu. Hilang jantan nanti haha. Haa..macam mana seram tak. Tak seram cuba la lalu sorang-sorang situ. Tapi sekarang LEKAS dah banyak kereta yang lalu. Dah tiada lagi rasanya gangguan ni semua.
Sebenarnya banyak lagi kawan-kawan aku yang kena kacau kat LEKAS ni. Tapi aku tak suka cerita benda yang tak jadi kat diri aku, nanti takut ditokok tambah. Akhir kata. Walaupun gangguan-gangguan ni ada, jangan takut sangat, yang Di Atas lebih berkuasa??. Assalamualaikum.
Sumber - Dipetik daripada siri seram fiksyenshasha.com (Mohon penulis cerita ini PM kami supaya artikel ini dapat di kreditkan kepada anda)
Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com
Orang Nogori

















