Patung Misteri Dalam Bilik Hotel Di Port Dickson

Port Dickson. Semua orang tahu Port Dickson merupakan salah satu tempat percutian yang indah kat Malaysia. Tapi tak semuanya indah..

Mungkin ramai yang bernasib baik dapat memori yang manis bila bercuti ke Port Dickson. Tapi macam aku kata, tak semua.. Salah seorang yang tak bernasib baik ialah kawan aku. Dan kisah dia ceritakan semula pada aku lepas dia baca #MORIB (Kisah yang penulis ceritakn sebelum itu).

Patung Misteri Dalam Bilik Hotel Di Port Dickson.

Aku mulakan cerita. Aku gelarkan kawan aku ni sebagai Lan. Lan dan 5 orang kawannya bercuti ke salah satu resort di Port Dickson. Dan tujuan utama diorang kesana kerana ingin menyambut birthday salah seorang kawan diorg ni.

Total kesemua yang ikut trip tu adalah 6 orang iaitu 3 lalaki dan 3 perempuan. Yang couple tu baru sahaja berkahwin. Jadi diorang kiranya sewa satu rumah ada 3 bilik. Bilik master tu, couple yang baru kahwin tu tidur. Lagi 2 bilik, 2 lelaki dan satu bilik lagi perempuan. Lan ni tidur dengan kawal lelaki dia.

Awal kedatangan diorang ke resort tu, tak ada apa yang pelik. Cuma bila masuk bilik, Lan perasan ada satu patung miniature kecil atas katil. Jadi tanpa rasa apa-apa, Lan pegang patung kecik tu dan letakkannya di ruang tamu. Lepas tu, diorang teruskan aktiviti masing-masing macam biasa.

Patung Misteri Dalam Bilik Hotel Di Port Dickson.

Lepas maghrib, aktiviti diorng adalah nak buat BBQ. Tapi malangnya, pihak resort kata diorang tak boleh buat. Melainkan mereka buat luar pagar resort. Maksudnya kalau diorang nak buat BBQ, kenalah buat di luar kawasan resort dan dekat dengan pantai. Jadi diorang teruskan lah dengan rancangan BBQ diorang tu.

Dalam pukul 10:00 malam macam tu, 3 orang perempuan tu minta diri untuk naik ke atas dulu. Jadi yang lelaki semua teruskanlah melepak. Jadi sembang punya sembang, sampailah yang suami salah seorang perempuan yang naik atas tadi tu, minta diri untuk naik ke bilik semula sebabnya isterinya dah panggil.

Jadi tinggallah Lan dengan kawannya yang seorang lagi tu. Jadi diorang buat keputusan untuk lepak di lobi resort sahaja memandangkan wifi di lobi hotel laju. Diorang main telefon sampai pukul 1:00 pagi macam tu.

Dan main punya main, masing-masingnya telefon pun habis bateri. Kebetulan pulak, mereka berdua memang tak bawa powerbank. Jadi kedua-keduanya pun decide untuk naik ke atas dah. Nak tidurlah kononnya.

Untuk pengetahuan anda semua, resort yang diorang tidur ni, automatically akan tutup lampu koridor lepas jam 12. Jadi bergelap jugalah diorang jalan balik ke bilik. Nak suluh dengan cahaya telefon, telefon pulak dah mati. Dan masa tu Lan pulak dah rasa tak sedap hati.

Tak sedap hati bukan disebabkan gelap tu, tapi disebabkan seperti ada yang memerhati dia. Dia macam rasa ada mata besar pandang dia tengah jalan. Lan pun bercakaplah dengan kawan dia tu;

“Joe aku rasa tak sedap hatilah.”
“Apa kau ni?”
“Aku rasa ada orang tengok..”
“Kau jangan cakap macam tu boleh tak? Dah lewat ni..”
Diorng pun teruskan berjalan.

Sampai sahaja depan pintu bilik, diorang pun ketuklah pintu. Tapi malangnya ketukan itu tak dilayan. Sehinggalah sekali lagi diorang mengetuknya. Ada suara menjawab, “Kejap.. Aku buka jap lagi. “. Jadi diorang pun tunggulah seketika.

5 minit sudah berlalu, pintu masih tak dibuka lagi. Jadi Lan punya bengang, dia pun ketuk lah sekali lagi. Kali ni takda sahutan seperti tadi. Jadi dia call lah kawan dia yang ada kat dalam tu.

“Tadi kau cakap nak buka pintu. Apasal tak bukak?”
“Kau ada ketuk pintu ke tadi?”
“Ada. Aku ada kat depan ni ha. “.. Lan dah mebebel.

Lepas sahaja Lan call, kawan dia pun keluar. Tapi bukan keluar depan bilik yang diorang ketuk tu. Tapi selang daripada 3 bilik tu.

“Asal kau tunggu depan tu?”

Untuk pengetahuan anda semua, Lan call kawan dia menggunakan telefon biasa. Bukan smartphone. Yang cahaya tak terang tu.

Jadi bila kawan dia keluar depan bilik yang lain, Lan dah cuak. Siapa yang bersuara nak buka pintu tadi? Tapi dia tak fikir lama. Masuk dalam Lan diam je. Tapi kawan-kawan dia tak tidur lagi. Lepak dekat hall. Bersembang sampai pukul 3:00 pagi.

Dah pukul 3:00 pagi macam tu, yang pasangan suami isteri tadi tu minta diri dulu untuk tidur. So yang lain continue sembang. Tapi lepas 20 minit, yang lain pun nak tidur.

Lan dan kawan dia masuk bilik. Begitu juga perempuan yang dua orang lagi tu pun masuk bilik mereka masing-masing. Tapi tak sampai 5 minit, kawan Lan yang perempuan tu menjerit.

Patung Misteri Dalam Bilik Hotel Di Port Dickson.

Apalagi, semua orang jadi paniklah. Semua masuk ke bilik dia. Dia tutup mata sambil tunjuk kat almari baju.

“Kenapa Adah?”
“Ada benda dalam tu..”
“Kau penat sangat ni. Takda benda apa lah dah pagi ni.. ”
“Ada .. tu.. “

Dan cuba anda semua teka apa? Bila Adah tunjuk almari tu. Memang pintu almari tu terbuka sebelah. Dan Adah kata dia nampak ada benda dalam tu. Jadi yang lelaki ni bukalah lampu bilik, dan tengok kat almari tu memang takda apa. Jadi diorang pun semua tenangkan Adah. Suruh dia sambung tidur balik.

“Tak apa. Kalau kau takut, buka lampu bilik dan pintu. Kami kat sebelah pun tak tutup pintu. Nanti panggil je kalau ada apa-apa.” Kata Lan.

Jadi masing-masing sambung tidur balik. Tak sampai beberapa minit, pintu almari sebelah lagi kat bilik Adah pun terbuka. Kali ni, kedua-duanya terbuka. Apalagi, memang menangislah Adah masa tu. Kesudahannya kesemua berenam tidur di luar (Asing-asing, bukan dekat-dekat, jangan fikir bukan-bukan). Sebab Adah dah takut sangat masa tu. Dalam 30 minit, lepastu dia kembali okey.

Tapi.. semua yang tidur kat luar dengar bunyi tombol pintu dipusing-pusing, tapi pintu bilik terbuka. Siapa pulak yang pusing?

Semua paksa mata untuk tidur. Tapi yang married couple tu tak kena kacau apa. Jadi diorang buat keputusan untuk tidur dibilik semula. Diorang masuk sahaja bilik, tak lama lepastu katil diorang kena goncang. Menangis yang perempuan tu. Terus mereka keluar.

Dan Lan sendiri ternampak kelibat perempuan melintas di dapur. Macam berlari ke dapur. Rambut panjang mengerbang. Tak lama lepas tu lagi, dengar pulak suara orang merintih kat bilik air. Suara bergema. Suara perempuan. Sayu suara dia.

“Jangn layan, kuatkan semangant.” Lan ingatkan kawan-kawan dia. Diorang semua decide taknak tidur sampai azan subuh. Makin lama suara tu pun hilang. Dan lepas sahaja azan subuh, diorang semua ambil wudhu, solat subuh dan terus tidur. Barulah tiada gangguan.

Esoknya masa nak checkout tu, Lan pergi ke dapur. Dia nampak patung kecik tu kat dapur. “Ha, ni dia patungnya. Penat aku cari.” kata Lan pada Joe. “Kau ke yang alihkan patung ni dari ruangtamu semalam?.” Lan Tanya lagi. “Mana ada. Aku nampak kau main semalam adalah..”

Bila tanya kat seorang lagi, semua kata tak ada. Jadi Si Lan ni kata, awalnya dia yang nampak dulu patung tu kat kepala katil masa baru sampai. “Jadi aku alihkan la kat ruangtamu patung ni..” Lan explain kat kawan-kawan dia. Dan terus Joe maki. “Bodoh la.. asal kau alihkan?”

“Mana aku tahu. Aku ingat patung tu, anak penyewa bilik sebelum ni yang punya. Aku rasa semak. So aku alihkan lah..” Lan pertahankan dirinya.

Jadi Lan diminta alihkan semula. Lepas diorang checkout. Balik dari situ, kepala Lan jadi berat. Badan jadi lemah. Perasaan dia memang sama macam aku kena di #MORIB. Lan demam 2 hari. Setiap malam ada bayangan perempuan yang macam sembunyi di belakang langsir. Dan selama 2 malam tu jugalah, Lan dengar suara menangis. Tapi yang peliknya, dia sorang sahaja yang dengar suara tu.

Patung Misteri Dalam Bilik Hotel Di Port Dickson.

Malam kedua diganggu tu, memang Lan ada nampak kelibat sesuatu kat cermin dia. Masa tu dia tahu, benda kat Port Dikcson tu lah yang mengikut dia. Walaumacam manapun mujurlah ayah Lan ni yang boleh dikatakan jenis pandai juga menghalau benda-benda macam ni. Dia kena beri minum air, terus hari ketiga dia semakin pulih.

Pengajarannya kat sini, kalau anda pergi bercuti ke mana-mana hotel atau resort, janganlah cuba senuth barang-barang yang bukan barang anda. Dan janganlah gatal tangan mengalihkan barang yang tak sepatutnya. Sebab anda tak tahu apa yang ada pada barang tu. Dan pengajaran terakhir, jaga adab bila pergi ke tempat orang. Yes, memang kita nak happy. Tpai orang cakap jangan suka sangat, nanti bawa duka.

Patung Misteri Dalam Bilik Hotel Di Port Dickson.

Sekian sahaja untuk malam ni. Oh ya. Kalau nak tahu resort ni berdekatan dengan Pantai Cermin. Ok dah tu je. Jangan tanya nama resort apa..

Sumber – Diceritakan oleh Twitter @LeAlterEgo

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.