Rakaman yang kami peroleh ini diceritakan oleh Encik Ismail semasa dia melakukan kerja-kerja awal dalam menanda sempadan bagi tujuan pembukaan FELDA Palong disekitar Kampung Jeram Panjang, Jempol pada tahun 1976.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah Kampung Jeram Panjang, Jempol, Titik Lokasi 3 Negeri]
Pengalaman yang disampaikan beliau ini juga turut diakui oleh Ketua Kampung Jeram Panjang sendiri pada ketika itu iaitu Batin Sani yang juga pernah mengalami pengalaman yang sama. Dalam rakaman radio ini juga Encik Ismail yang bekerja di Jabatan Perhutanan juga turut memberi petua bagaimana ingin menghindarkan diri daripada diganggu oleh mahluk-mahluk halus ini serta cara untuk mengelakkan diri dari sesat di dalam hutan.
Apapaun Jom kita ikuti sedutan rakaman radio bersama En Ismail dari rancangan “Kisah Seram” radio THR.fm bersama DJ Isma Halil Hamzah yang dirakam sekitar tahun 2002/2003.
P/S: Rakaman video ini berdurasi 10 minit 56 saat. Sila gunakan fon telinga ataupun tinggikan bunyi peranti anda untuk mendengar rakaman yang lebih jelas.
Sumber - Petikan rakaman ‘Kisah Seram’ radio THR.fm tahun 2002/2003.
Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com
Orang Nogori










