
Macam biasa seminggu sekali kami akan cuba cari kisah-kisah mistik atau seram yang terdapat di Negeri Sembilan. Bukanlah niat kami nak menakut-nakutkan anda semua cuma kami mahu anda semua berwaspada. Minggu lalu kami ada cerita mengenai kisah seram yang terdapat di kawasan Lebuhraya Pedas-Linggi dan terima kasih kerana kepada anda yang memberi komentar di artikel kami mengenai pengalaman yang anda turut lalui sewaktu di tempat kejadian. Saya percaya mungkin bukan semua yang melaluinya mungkin sebahagian kecil sahaja. Apapun yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kali ini kami ingin bercerita mengenai pengalaman seram seorang gadis bernama Jo bersama tunangnya bernama Haikal yang dikatakan melalui Jalanraya di Perkampungan Rembau (Berkemungkinan melalui jalanraya di Bukit Miku) untuk ke Kuala Pilah. Cerita ini dipetik daripada fiksyenshasha yang ditulis oleh gadis dengan gelaran “Jo” (Sekiranya anda pemilik cerita ini, boleh PM kepada kami untuk dikreditkan kepada anda).
Cerita Seram Di Jalan Kampung Rembau
Disebabkan aku dan Haikal dah mula bosan di Kuala Pilah, masa tu cuti, kami bercadang untuk jalan-jalan (balik hari) di Bandar Melaka. Bosanlah pegi Seremban sebab balik-balik jumpa muka member-member Pilah jugak. Kalau nak ke bandar Melaka dari Kuala pilah, korang boleh lalu jalan dalam. Dan tunang aku memang ‘champion’ bab-bab jalan dalam ni. Tapi terhad kepada Pahang dan Melaka je la. Sebab die boleh melenjan atas jalan dengan kereta Saga die yang dah modified acah-acah Nissan GTR atau Porsche Panamera tu.
Kami pun merentasi jalan nak ke Bandar Melaka melalui Tampin. Laluan kami adalah Kuala Pilah-Tampin-Melaka. Waktu siang jalan ni okay, boleh diterima kemesraannya tapi kalau malam dan sorang-sorang, aku pun tak berani. Aku ada kawan sorang ni, Anis, memang jalan hari-hari dari Tampin ke Kuala Pilah sorang-sorang. Aku respect sebab dia berani dan pada dia laluan tu biasa sahaja. Sambung cerita balik, waktu tu dalam tengah hari lah. Kami pun sampai di Bandar Melaka dan jakun kejap sebab Melaka dah ada macam-macam. Kami pun merewang, makan-makan dan sempat singgah Bukit China sebab nak makan cendol dan rojak mamak yg terkenal tuh. Lepas tu kami pun begerak ke Aeon Melaka sebab nak cari barang kat Daiso. Selesai solat asar di Aeon Melaka.
Aku pun menurut la kehendak Haikal. Aku pun tak berapa risau sebab Haikal memang jaga aku kalau kami ke mana-mana. Badan pun agak sador. Heheh.. Kami pun tengok lah cerita Insidious 2. Aku memang dasar penakut so memang tercampak-campaklah popcorn aku time scene hantu keluar. Haikal pulak tergelak-gelak tengok aku. Memang menakutkan cerita ni sebab banyak ‘scare jumps’ sampai aku tak tau bila nak kena pejam mata. Aku rasa separuh dari movie tu memang aku tak tengok sebab tutup mata. Biasanya aku akan ambil masa 3-4 hari untuk sembuh lepas tengok cerita hantu yang menakutkan. Habis je cerita Insidious 2 aku rasa menyesal pulak sebab nak kena balik ke Kuala Pilah lepas ni dan lagi-lagi pulak esok nak kerja.
Maka kami pun masuk kereta lepas solat maghrib. Masing-masing memang letih sebab satu hari berjalan, lepas tu terlebih bijak pulak tengok cerita hantu
Jam menujukkan pukul 8.30 malam. Kurang-kurang sampai Kuala Pilah dalam pukul 10.00 malam. Esok pulak kena kerja. Arghhhhhhh ini lah perasaan yang paling tak best di dunia. Aku akan pastikan Haikal exit Ayer Keroh dan lalu highway jugak sebab kadang-kadang dia selalu buat-buat lupa. Nak kata dia ni berani sangat tak jugak, aku yang penakut lebih. Macam la kat atas highway tu takda benda-benda yang menakutkan jugak kan ?Tp aku tak peduli, yg penting aku tak nak lalu jalan lama atau jalan dalam.
Waktu tu kami dah atas highway. Kami perlu ambil susur keluar di Simpang Ampat utk lalu Tampin. Dari Tampin dah dekat dah dengan Kuala Pilah. Kira okaylah daripada kena redah jam kalau lalu jalan dalam. Hari Ahad la katakan. Lagi 50m nak keluar Simpang Ampat, tiba-tiba pula ada satu ambulans ni sudah potong secara mengejut kereta kitorang sebab dia nak keluar dari Simpang Ampat juga. Ambulans ni memang tengah bunyikan siren, jadi kami paham lah tapi sebab terlalu leka dan Haikal pun terkejut, die secara tak sengaja terlepas simpang tu.
Kami pun ‘exit’ la di Rembau. Keyakinan itu penting. Seingat aku tol Rembau kecik je (Pedas-Linggi), lepas tol tu je, Waze suruh masuk kiri. Sebenarnya pertama kali kitorang lalu jalan ni. Haikal pun tak pernah lalu. Kitorang pun bantai redah je. Lepas 2km tiba-tiba jalan yg terang bertukar menjadi satu jalan yg lurus, gelap dan sempit.
Kiri kanan adalah hutan tebal. Jangan kata lampu jalan, cahaya bulan pun kitorang tak nampak. Bayangkan untuk 10-15km seterusnya, hanya kereta kami sahaja yang lalu jalan tu. Takda langsung kereta lain, yang buat aku tak senang duduk adalah sebab kiri dan kanan aku tak nampak satu buah rumah pun. Padahal papan tanda untuk masuk kampung ada juga beberapa buah.
Aku dah mula takut. Tapi Haikal masih ‘steady’. Radio dah mula hilang signal sebab makin lama makin jauh di pedalaman kitorang masuk. Aku langsung taknak toleh arah tingkap. Aku tak duduk bersandar pun. Aku makin resah. Aku dan Haikal sedang berada di tempat yang tak pernah kami lalu dan takda sebuah kereta pun atas jalanraya. Tiada bangunan, tiada binaan, tiada cahaya. Kiri kanan hutan tebal. Haikal pula acah-acah nak bukak tingkap aku sebab dia tahu aku ni penakut. Aku bagi satu cubitan kerengga tahap maksimum di tangan dia sebab buat aku takut.
Yang paling aku menyampah, signal 3G dah takda. Signal bar pulak kosong. Langsung tak boleh nak buat panggilan atau tukar laluan lain. Apa yg waze dah bagi terpaksalah ikut je. Lagi-lagi pulak aku teringat cerita Insidious yg aku baru tengok tadi. Arghhhh ini memang tak membantu.
Haikal pun tahu yang aku tahu yang dia pun dah rasa lain macam. Dia pun mainkan lagu-lagu koleksi Backstreet Boys untuk menghilangkan kesunyian. Aku tak nak tengok depan sebab depan hanyalah kegelapan pekat yang disuluh dengan spotlight kereta Haikal. Dan aku tak nak ternampak apa-apa pun yang melintas.
Jam dah menujukkan pukul 9.30 malam. Aku tak tahu tapi rasa takut aku ni makin menebal. Yaaa, aku memang penakut.
Tak lama lepas tu, aku sahaja nak tengok depan sebab aku kesian kat Haikal. Sorang-sorang bawak kereta and sorang-sorang kena tengok jalan. Spotlight kereta SAGA lama dia dahlah malap.
Tiba-tiba, nak dijadikan cerita, 200m di hadapan kami nampak 3 orang lelaki berdiri di tepi jalan membelakangi kami. Maknanya muka diorang menghadap hutan. Statik. Berdiri tepi jalan mcm tu dan tak buat apa2. Kepala hotak diorang. Gila ke? Aku mengucap panjang sebab terkejut. Ade la mencarut carut dalam 7-8 perkataan. Hilang akal ape.
Ape yg Haikal baru cakap tak membantu langsung. Perjalanan malam itu dirasakan tersangatlah jauh dan lama. Kalau nak difikirkan sebenarnya taklah jauh sangat. Tiba kami di satu roundabout kecik, dan belakang kami ada satu kereta Wira baru keluar dari satu simpang. Dalam hati kami kami pun doa dengan harapan kereta ni pun nak lalu jalan yang sama. Sekurang-kurangnya ada kawan. Haikal bagi kereta Wira nie potong dulu. Tengok-tengok Wira ni memang lalu jalan yang kami nak tuju. Kami bersyukur kejap, sekurang-kurangnya ada kereta di depan dan tak lah rasa takut sangat.
Lepas bulatan tu kami pun masuk satu jalan ni. Jalan kali ni lebih sempit. Tar yang diturap macam tak ikhlas. ‘Gedegung gedegang’ kitorang dalam kereta. Jalan ni memang satu hala sahaja. Hutan masih meliputi pemandangan kami. Yes, kiri dan kanan. Cahaya bulan masih belum kelihatan. Mane bulan nie woiiiiii, pekik aku dalam hati.
Tiba-tiba kereta wira tersebut masuk simpang sebelah kiri. Simpang tu tulis “Kampung I***”
Apaaa? ada kampung kat celah-celah hutan ni? kami pun jadi murung balik sebab Wira yang kami harapkan untuk menemani kitorang telah tinggalkan kitorang. Kecewa…
“Prettttttttttt!” Haikal tiba-tiba emergency brake. Kepala aku terhantuk sikit kat cermin kereta. Sebab tali pinggang keledar kereta ni memang rosak. Agak longgar sikit. Muka haikal macam tekejut.
Haikal memang sayang betul dengan kereta dia. Bagi dia kereta ni adalah bini dia. Aku ni tunang je. Lebih kurang macam tu la. So kalau babi hutan tu terlanggar kereta dia tadi aku rasa dia akan meraung tak ingat dunia punya. Lepas tu kitorang pun teruskan perjalanan. Sesekali nampaklah juga papan tanda untuk masuk simpang ke kampung-kampung lain.
Tapi tiba di satu jalan ni, kereta kitorang terasa berat sangat. Bunyi pun lain macam je. Aku tengok Haikal tukar gear sebab nak pecut lagi. Tapi tak boleh. Haikal tengok aku, aku tengok dia balik. Dia tak cakap apa-apa. Aku pun faham. Kalau diikutkan minggu lepas dia baru je servis SAGA ni kat Shah Alam. Ok je. Kelajuan kami masa tu 40-50km je.
Depan lagi sikit jalan tu macam berbukit, masa tu la kereta Haikal paling slow. Aku rasa dah habis gear dia tukar, ‘full throttle’ , tapi masih lagi perlahan kereta dia.
Aaaah sudah… Ada benda tumpang ke… Aku memang tak nak pandang belakang. Bulu roma aku dah naik. Semua ayat lazim aku bantai baca. Ayat kursi aku rasa dah banyak kali dah baca. Aku tengok mulut Haikal pun dah kumat kumit baca ayat-ayat suci Al-Quran. Masa tu Tuhan je tau ak punya takut macam mana. Peluh sejuk aku mula keluar. Haikal yg sepatutnya tenang, ‘macho’ dan berani pun dah nampak sedikit gelabah.
Di hadapan kami tanpa kami sedari muncul sebuah motorsikal. Penunggangnya tak pakai helmet. Sekali lagi kitorang lega sebab kitorang tak bersendirian. Tapi kami memang kagum ‘brader’ ni sebab berani bawak motor sorang-sorang kat jalan macam ni.
Cuma ade sesuatu yang pelik. Motor ni bawak depan slow sangat kat depan kami. 30km/j. Apehal bawak macam tuu??
Mula-mula Haikal ikut je tapi lama-kelamaan kami dah tak sanggup untuk ikut dari belakang. Pukul berapalah nak sampai ni, dah lah esok nak kerja. Dan lagi satu yang pelik, lampu motor pun tak ada. Macam manalah ‘brader’ ni bawak kat jalan gelap-gelita macam ni tapi takda lampu motor?
Haikal makin geram. Apalagi dia pecutkan SAGA dia (tiba-tiba rasa dah tak berat dah kereta ni) untuk potong ‘brader’ motor nie. Akhirnya brader ni mengalah dan beri kami laluan untuk memotong.
Masa kitorang nak potong tu Haikal dengan aku nak tengoklah muka ‘brader’ ni, yer la konon-konon macam nak tunjuk tangan “Aparah slowww macam kura-kura”
Elok je kami toleh belah kiri (belah tingkap aku pulak tu) ‘brader’ ni toleh kat kitorang.
Tu diaaaaaa mak hang. Terdiam aku. Kaku satu badan.
Kitorang macam terpaku sambil tengok belah kiri. Sebab apa? Sebab ‘brader’ tu takda muka. ‘Blur’. Tak nampak hidung, mata, tapi satu benda ja kitorang nampak. Dia senyum dan ada taring.
Haikal pecut sekuat hati. Masa ni SAGA dia memang tak mengecewakan. “Zazzzzzzz” Haikal pecut sekuat hati. Jantung kitorang bagai nak meletop masa tu. Benda yg kami paling tak nak jumpa akhirnya membuat penampilan eksklusif. Atas motor kapcai pulak tu. Hebat betol ‘props’ die. Gamaknye yg buat kereta berat tu dia dan geng2 dia la kot. [email protected]#$% sungguh..
Aku tak tau kenapa masa tu tergerak nak toleh ke belakang tapi aku beranikan diri juga untuk pastikan betul-betul apa yg aku nampak benda tu dah hilang. ‘Brader’ ke motor ke memang dah tak nampak dah. Hanya kami je yang tinggal di jalan tu.
Tak lama lepas tu akhirnya kami sampai di Kuala pilah. Rasa bersyukur sangat sebab selamat dan berjaya jugak melepasi jalan gila ni. Aku tau ade je kampung-kampung kecil kat situ dan kena lalu jalan tu tapi aku mintak maaf banyak-banyak, malam-malam jalan tu memang tak sesuai dilalui. Sebab tu kitorang je ade malam tu. Member kitorang orang Rembau, dia cakap jalan tu siang pun orang jarang lalu. Lepas pukul 3:00 PM dah lengang. Harapkan hari raya je lah jalan tu meriah sikit.
Nasib baiklah malam tu ada housemate aku, teman dan layan ketakutan aku ni. Yang penting takda benda ikut aku dan Haikal balik. Itu memang kali pertama dan terakhir kitorang lalu jalan tu.
Sekian… Maaflah sekiranya kalau cerita tu tak berapa seram buat korang.
Kesimpulan
Setelah anda baca cerita tersebut kami harap korang boleh komen sikit pendapat korang. Mana taw korang juga ada pengalaman sendiri semasa lalu jalan tu. - Sumber dari Fiksyenshasha (Artikel Jo)
Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com
Orang Perak











