3,127 Tablet Akan Diberikan Kepada Guru-Guru Di Jempol dan Jelebu

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

JEMPOL - Sebanyak 3,127 buah tablet yang mengandungi Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia dibekalkan kepada guru-guru di 99 buah sekolah di daerah ini dan Jelebu.


Gimik penyerahan tablet telah disempurnakan Exco Pendidikan dan Kesihatan Negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli yang menyampaikan gajet tersebut kepada wakil-wakil sekolah dalam satu majlis di Pejabat Pendidikan daerah di sini semalam.


Shamsulkahar berkata, pemberian tablet tersebut dapat memudahkan pembelajaran dan pengajaran di sekolah seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini. 


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Serting mengingatkan guru-guru agar melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan bidang ICT agar mereka tidak ketinggalan berbanding pelajar mereka sendiri. 


“Apa yang diberikan ini adalah sebagai satu kemudahan untuk para guru. Jadi manfaatkan sebaiknya pemberian ini,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di sini.

Sumber - Utusan Online (26 Ogos 2017 12:59 PM)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.