Riadah Sambil Belajar Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan

Mungkin ramai di daerah ini tidak mengetahui kewujudan Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh (SPF Pasoh). Malah kebanyakan penduduk di Felda Pasoh yang tinggal berhampiran SPF tidak menyangka terdapat sebuah stesen penyelidikan di sebalik hutan simpan itu. SPF yang terletakl lebih kurang 7 km dari Simpang Pertang dan 3 jam pemanduan dari Kuala Lumpur ini merupakan salah satu tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Negeri Sembilan.

Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan

Sejak tahun 1970 hingga 1974, SPF Pasoh menjadi tapak penyelidikan intensif ekologi dan dinamik hutan hujan pamah di bawah projek penyelidikan bersama Universiti Malaya dan International Biological Programme (IBM).

Kawasan tersebut juga merupakan tapak kajian utama bagi Projek Pembiakan Biologi Pokok Hutan, sebuah projek kerjasama antara Universiti Aberdeen dan Universiti Malaya dari tahun 1974 sehingga 1978. Sejak daripada itu, pelbagai projek penyelidikan biodiversiti, produktiviti hutan, flora, fauna, mikrometeorologi, tanah, hidrologi dan kitaran nutrien telah dijalankan dengan kerjasama universiti-universiti tempatan.

Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan

Pada Disember 1977, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah mengambil alih pengurusan hutan Pasoh daripada Universiti Malaya melalui kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri. Walaubagaimanapun matlamat SPF menjadi stesen penyelidikan hutan tropika yang terkemuka tidak akan tercapai tanpa komitmen daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang telah mengazetkan 1,840 hektar kawasan Hutan Simpan Pasoh sebagai hutan penyelidikan.

Semua aktiviti penyelidikan dipantau oleh Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh (PRC) di FRIM sejak tahun 1999. Tarikan utama Hutan Simpan Pasoh adalah kepelbagaian floranya. Setakat ini, sebanyak 335,256 batang pokok berdiameter 1 ‘sm-dbh’ (pengukuran diameter) dan ke atas, tergolong dalam 814 spesies, 294 ‘genera’ dan 78 famili telah direkodkan dalam kawasan berkeluasan 50 hektar.

Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan

Famili tumbuhan yang sering dijumpai disini adalah euphorbiaceae dan annonaceae. Spesies paling banyak adalah xerospermum noronhianum (sapindaceae) yang juga dikenali sebagai ‘rambutan pacat’, mendominasi 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pokok yang terdapat di hutan simpan ini.

Sungguhpun Pasoh tidak lagi mempunyai haiwan berkarisma seperti harimau dan gajah, ia masih lagi mempunyai komposisi mamalia kecil, primat dan burung. Sebanyak 60 kamera tersembunyi diletakkan di beberapa kawasan SPF Pasoh bagi tujuan mengambil gambar binatang yang lalu di kawasan tersebut. Kamera itu dipasang dalam jarak dua kilometer dalam jangka masa satu bulan. Daripada kamera itu, biasanya mereka memperoleh lebih 60,000 imej dan antara gambar binatang yang diperoleh adalah harimau kumbang, kambing gurun, rusa serta beruang. Hutan simpan di sini tidak mempunyai haiwan seperti gajah dan harimau belang kerana dipindahkan sebaik tanah rancangan Felda berhampiran dibuka,” katanya.

Untuk pengetahuan anda juga, SPF bukan sahaja dikunjungi oleh penyelidik dari dalam negara malah menjadi tumpuan penyelidik luar negara. Ia juga berfungsi sebagai pusat pembelajaran bagi murid dan pelajar sekolah, penuntut kolej dan universiti serta orang awam yang berkunjung ke sini.

Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan

Bagi individu atau kumpulan yang ingin menjalankan kajian atau penyelidikan di SPF Pasoh, mereka bolehlah menghantar kertas cadangan kajian kepada Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh untuk diteliti. Di SPF ini juga menyediakan fasiliti Penyelidikan iaitu dua makmal untuk aktiviti penyelidikan di lapangan. Kemudahan yang ada di makmal termasuklah penimbang digital, ketuhar pengering, meja kerja serta rak penyimpanan.

Selain itu Arboretum Pasoh merupakan satu kemudahan penyelidikan yang terdapat di SPF Pasoh. Arboretum berkeluasan 2.2 hektar mengandungi koleksi hidup tumbuhan berkayu yang sehingga kini mencatatkan sebanyak 874 pokok merangkumi 279 spesies daripada 44 famili. Arboretum adalah tapak latihan terbaik terutama kepada pelajar botani dan sains gunaan serta kepada pengunjung yang berminat untuk mempelajari kepelbagaian pokok tempatan.

Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan

Paling menarik, kawasan ini juga turut terdapat sebuah menara aloi kembar tiga yang telah dibina pada April 1992 hasil daripaada projek kerjasama antara FRIM dan National Institute on Environmental Studies (NIES) of Japan. Sistem itu meliputi tiga menara tegak sendiri berketinggian 30 meter setiap satu dengan tangga pada setiap seksyen. Ia diperbuat daripada kabel keluli dan saling berkait dengan laluan kanopi yang membentuk sebuah segitiga.

Menara aloi kembar tiga digunakan secara meluas di Amerika Syarikat, tetapi yang terdapat disini merupakan satu-satunya yang terdapat di Malaysia dan setiap menara berfungsi sebagai konduktor kilat yang berkesan. Menara ini menyediakan kemudahan untuk kajian mikro iklim dan fisiologi seperti pemerhatian fenologi dan kajian fauna di pelbagai peringkat kanopi.

Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan

Disini juga pengunjung berpeluang untuk melalui kawasan denai alam yang membolehkan mereka melihat secara dekat keadaan hutan asli dan hutan regenerasi yang dimiliki oleh Hutan Simpan Pasoh. Denai Alam sepanjang 2.7 kilometer ini mempunyai 67 titik pemerhatian untuk pelawat melihat pokok yang unik, ciri-ciri dan proses hutan. Sebahagian titik pemerhatian ini telah wujud sejak 30 tahun yang lalu. Maklumat pada setiap titik pemerhatian disediakan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan Tarikan Di Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh, Negeri Sembilan

Pengunjung boleh memilih untuk menikmati pemandangan sekitar denai secara bersendirian ataupun lawatan berpandu yang ditemani kakitangan berpengalaman SPF. Mereka yang berminat untuk berkunjung kesini sama ada individu atau berkumpulan, bolehlah menghubungi terus Dr Christine Fletcher (Research Officer at FRIM) di talian 03-62797177 atau 019-3208280. Sumber – Utusan Online, FRIM Official Facebook Page

INFO TERIKINI (05/08/2017): Untuk makluman, kanopi walkway tu dah ditutup untuk umum semenjak 2016 dan untuk masuk ke sana perlu menghantar permohonan pada waktu bekerja (isnin-jumaat). Ia hanya dibuka jika ada permohonan dan group besar. Cara untuk mendapatkan borang boleh didapati dengan cara email kepada [email protected] atau [email protected] atau boleh hubungi di talian 0196860594 – Staf FRIM Pasoh.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.