MB Tidak Dimaklumkan Arahan Hukum Lelaki Tidak Solat Jumaat

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

SEREMBAN, 17 Jan - Sesuatu pekeliling yang hendak dibuat hebahan kepada orang ramai perlu dibincangkan di peringkat jabatan berkaitan sebelum diedarkan kepada umum.

[Artikel Berkaitan: RM1,000 Denda Ponteng Solat Jumaat]

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jabatan berkenaan sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu mengenai sesuatu tindakan yang hendak diambil kepada orang ramai.

Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai satu surat pekeliling yang diedarkan di 68 masjid dalam daerah Kuala Pilah mengenai tindakan terhadap lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut.

“Saya Pengerusi MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) tidak tahu ada (surat pekeliling itu). Boleh jadi Pejabat Agama Islam Daerah yang mengambil inisiatif sendiri.

“Tapi saya hendak tanya siapa yang akan ambil kedatangan itu, hendak catit berapa kali orang datang dan berapa kali dia tidak datang. Kalau pun ada arahan dari kerajaan negeri, siapa yang hendak menguruskan perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai surat pekeliling kepada 68 masjid di Kuala Pilah mengenai kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut kepada lelaki Islam yang telah mencapai umur baligh.

Menurut hebahan itu, hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan boleh dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Mohamad menarik perhatian, beliau tidak dapat menyatakan sama ada bersetuju atau tidak terhadap perkara itu memandangkan surat berkenaan bukan pekeliling rasmi kerajaan negeri atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Pejabat agama daerah tidak sepatutnya buat pekeliling seperti itu. Kalau ada pekeliling mesti buat untuk seluruh negeri ini dan mesti dibincangkan di peringkat jabatan,” ujarnya.

SUMBER - Petikan berita daripada Utusan Online (17 Januari 2018 4:27 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Orang Nogori
Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.