Anak Kelahiran Negeri Sembilan Jadi Timbalan Perdana Menteri Ke-6

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 – 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon ‘tokoh politik kampungan’ yang berjiwa Melayu tulen.

tun ghafar baba

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, sebuah solok terpencil dikelilingi oleh hutan belukar dan kebun getah terletak di Kampung Bukit Tembun, daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau anak ke-6. Beliau pernah menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi kedi / pemungut bola tenis dan bola golf bagi golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman dan dibayar 1 sen sehari.

tun ghafar baba

Apabila ibu bapanya ,meninggal dunia, empat adik beradik meninggalkannya sebatang kara di Kuala Pilah. Beliau tinggal bersama bapa saudaranya. Abdul Ghafar pernah makan reja-reja roti di kedai kopi seorang Cina Hailam. Kadang-kala beliau menumpang tidur di rumah kawan dan tidur di bilik darjah sahaja.

Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tuanku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara. Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi menceraikannya pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia.

tun ghafar baba

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 – 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 – 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 – 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 – 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 – 2004).

tun ghafar baba tun ghafar baba

Selaku ketua pelajar di SITC, beliau membuat tuntutan agar kebajikan pelajar diberi perhatian oleh pentadbir Inggeris, supaya elaun pelajar dinaikkan dan sebagai kakitangan kerajaan, guru pelatih hendaklah diberi subsidi Cost Of Living Allowances (COLA) dan tuntutan ini disusuli dengan mengadakan mogok secara aman.

Pada 23 April 2006, beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau telah dirawat 90 hari di beberapa buah hospital.

Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail; Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas isterinya Dayang Heryati binti Abdul Rahim.Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria dan pengkebumian diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Halim Wan Harun.

tun ghafar baba

Tun Abdul Ghafar merupakan negarawan ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn . Jenazah lain ialah Tan Sri Syed Jaafar Albar, Allahyarham Tun Syed Nasir Syed Ismail, Allahyarham Tun Sardon Jubir, Allahyarham Tan Sri Mohamad Noah Omar dan Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusuf.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.