Kolam Renang Wafiy & Muzium Mini Rusley Di Johol

Bagi mereka yang tinggal sekitar Johol dan ingin mandi manda bersandarkan suasana kampung bolehlah berkunjung ke Kolam Renang Wafiy & Muzium Mini Rusley Di Air Mawang, Johol. Lokasinya terletak di Lot 852, Kg Lending , Air Mawang (Jalan dari Kuala Pilah menghala ke Tampin).

Bayaran yang dikenakan untuk mandi-manda di kolam ini adalah RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tiada had sampai pukul berapa untuk anda mandi dan bolehlah mandi hingga tutup kolam ini. Mengenai punca air kolam ini, dikatakan ia diperoleh daripada sebatang sungai berdekatan dengan kawasan kolam ini. Air daripada sungai berkenaan juga telah dirawat sebelum masuk ke kolam ini.

Walaubagaimanapun kami tidak mempunyai info yang banyak mengenai kolam renang serta muzium mini yang turut barada berdekatan dengan lokasi kolam renang ini. Sungguhpun tidak sehebat Wet World Pedas ataupun Waterworld Melaka, tapi usaha yang ditunjukkan oleh pemilik kolam renang serta muzium ini memang patut dipuji. Ia menggalakkan lagi industri pelancongan berdekatan dan secara tak langsung menggalakkan aktiviti riadah penduduk setempat. Disini kami ada beberapa foto sekitar tempat ini untuk dikongsikan dengan anda;

Kolam Renang Wafiy & Muzium Mini Rusley Di Johol Kolam Renang Wafiy & Muzium Mini Rusley Di Johol Kolam Renang Wafiy & Muzium Mini Rusley Di Johol Kolam Renang Wafiy & Muzium Mini Rusley Di Johol Kolam Renang Wafiy & Muzium Mini Rusley Di Johol Kolam Renang Wafiy & Muzium Mini Rusley Di Johol Kolam Renang Wafiy & Muzium Mini Rusley Di Johol

Sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pemilik tempat reakrasi ini, Tuan Rusley di talian, 019-6236086

Sumber – FB Friends of Waghih (25 Sept 2017); FB Abdul Muiez Ruslee (23 Sept 2017).

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.