Gerai Nasi Ayam Mustafah Terbaik Di Gemas

Share on Facebook
Tweet on Twitter

Sekiranya anda berada atau melalui pekan Gemas, jangan lupa untuk singgah makan di Gerai Nasi Ayam Gemas Mustafah yang terletak bersebelahan dengan Stesen Bas dan Teksi, Gemas. Dengar kata Nasi Ayam disini adalah yang terbaik di Gemas dan sememangnya terkenal terutamanya di selatan tanah air kita.

Gerai yang diusahakan oleh Mustafah Yusuf berumur 53 tahun, sentiasa menggamit pelanggan, bukan sahaja di kalangan penduduk setempat, malah sejauh Singapura, Kuala Lumpur, Seremban, Johor, Pahang dan Melaka.

Pengusahanya yang pernah bekerja di sebuah restoran Cina memulakan perniagaan sendiri pada tahun 1980 dengan menjual nasi ayam dan masakan Cina yang lain, memandangkan nasi ayam mendapat permintaan tinggi maka beliau hanya memberi tumpuan kepada hidangan ini sahaja bermula tahun 1984. Gerai yang dibantu oleh Isteri dan anak serta dibantu oleh 8 pekerja ini, mengendalikan perniagaannya seawal jam 10.30 pagi dan berakhir jam 04.00 petang setiap hari kecuali Ahad.

Nasi ayam yang disajikan disini juga sentiasa menggunakan barangan segar serta terpilih. Ia bertujuan bagi memastikan resepi keluarga ini terus terjamin kualitinya. Sekarang, resepi Nasi Ayam Mustafah ini juga boleh didapati di beberapa tempat antaranya di Segamat, Johor (Nasi Ayam Gemas Pak Mus) dan Larkin, Johor (Nasi Ayam Gemas Tok Tapah) serta beberapa cawangan lain di Melaka, Putrajaya, Nilai dan sebagainya. Sumber - www.nagm.com.my (Official Site)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.