Orang Peneroka Felda Jempol Negeri Sembilan memang hebat. Rumahnya siap ada Taman Tema Air Mini lagi. Bukan calang-calang orang boleh buat Sunway Lagoon depan rumah kan?
Pemiliknya, Puan Hjh Shamiah dan Hj Idris sangat berminat mengusahakan Taman mini air ini. Niat asalnya adalah untuk suka-suka. Tapi akhirnya ia menjadi satu perniagaan kesudahnya. Terbaiklah peneroka FELDA disini!
Taman Tema Air Mini ini dibuka setiap hari iaitu;
- Isnin - Kamis (3.00 pm - 7.00 pm)
- Sabtu - Ahad (10.00 am - 1.00 pm & 3.00 pm - 7.00 pm)
Bayaran yang dikenakan adalah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Bayaran masok iaitu menunggu adalah RM1.
Bagi yang nak bawak anak-anak anda berkunjung ke Taman Tema Air Mini milik Puan Hjh Shamiah & Haji Idris ini, boleh ke alamat ini, No 53, Blok 3, Felda Palong 5, Jempol, Negeri Sembilan. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian ini, 019-2581512.
SUMBER - Intan Hayura Mohamad Yunus - Pelopor Pelancongan Jempol NS
Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com
Orang Nogori














