Rantau Eco Park merupakan salah satu produk pelancongan yang terdapat di Negeri Sembilan. Ia sesuai bagi mereka yang ingin mencari ketenangan sambil menikmati alam semulajadi atau ingin lari dari kesibukan kota. Disini pengunjung boleh berkelah serta melakukan pelbagai aktiviti yang telah disediakan disini.
Lokasi Rantau Eco Park
Taman reakrasi yang terletak di Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan ini tidak jauh dari pusat bandar Seremban. Ia mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan dan lokasinya betul-betul berdekatan dengan Balai Polis Kuala Sawah.
Kawasan yang mempunyai keluasan 100 ekar sudah pasti memberikan keseronokan dan kelainan dengan kepelbagai aktiviti yang menyeronokkan bagi pengunjung yang hadir kesini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah seperti mandi-manda di kolam yang besar, berbasikal, berkayak, menunggang kuda, memandu ATV, Jungle Trekking dan sebagainya.
Memandu ATV
Berkayak
Menaiki bot
Kolam yang disediakan disini sememangnya besar dan luas. Tak perlulah anda berasak-asak kerana ruang kolam tersebut sudah cukup memberi kepuasan kepada anda tanpa rasa terganggu. Disini anda boleh mandi dengan sepuas-puasnya memandangkan tiada had masa yang ditetapka. Bagi mereka yang ingin mandi-manda sahaja disini, tiketnya hanya berharga RM5.00 sahaja (Dewasa & Kanak-kanak).
Tarikan utama yang terdapat di Rantau Eco Park adalah sebuah kolam renang besar
Tandas/Bilik Persalinan turut disediakan
Gerai makanan ringan serta peralatan mandi untuk pengunjung turut dijual disini
Bagi yang ingin menginap disini, jangan risau. Rantau Eco Park menyediakan kemudahan penginapan sama ada untuk bilik dan juga domitary yang selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. Harga untuk bilik adalah RM160 satu malam manakala harga domitary RM50 untuk seorang. Dengan kemudahan penginapan seperti domitary ini ia amat sesuai buat mereka yang ingin menganjurkan aktiviti ‘team building’ atau aktiviti berkumpulan disini.
Tempat penginapan bagi pengunjung yang ingin bermalam disini
Tapak perkhemahan juga turut disediakan
Dewan orang ramai juga turut disediakan disini. Ia dapat memuatkan kira-kira 2,000 orang didalam satu masa. Dewan ini biasanya digunakan untuk sesuatu acara atau majlis seperti Hari Ibu, majlis perkahwinan, aktiviti korporat dan sebagainya.
Dewan yang besar sesuai untuk pelbagai acara atau aktiviti.
Ruang makan yang luas
Ia memudahkan masyarakat tempat untuk mengadakan sebarang aktiviti yang melibatkan ramai orang. Dengan kemudahan yang ada disini seperti tandas, katering dan sebagainya memudahkan pihak penganjur untuk mengadakan sebarang aktiviti dengan lebih lancar.
Antara tarikan lain yang ada di Rantau Eco Park ini adalah Mini Zoo yang menempatkan pelbagai jenis haiwan antaranya seperti kura-kura, labi-labi, itik, angsa, kuda dan rusa. Mini Zoo ini sesuai untuk dilawati bagi mereka yang ingin mengenali haiwan ini dengan lebih dekat dan ianya sesuai untuk pembelajaran anak-anak.
Pelbagai haiwan jinak terdapat di dalam Mini Zoo ini
Bagi bakal pengantin yang inginkan sesuatu yang berlainan dan mengimpikan untuk melangsungkan perkahwinan didalam taman Garden Wedding, Rantau Eco Park adalah lokasi yang sesuai kerana disini terdapat kawasan lapang yang dikelilingi alam semulajdi yang menghijau dan boleh dijadikan kawasan untuk merialisasikan impian anda.
Latarbelakang serta pemandangan semulajadi yang menarik, sesuai bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan disini mahupun sesi fotografi
Sumber - cutisini.com; hajahlijahandco.blogspot.my; www.rantauecopark.com.my











