Perkaitan Kerabat Diraja Negeri Sembilan Dengan Almarhum Sultan Kedah Ke-27

Semalam, 11 September 2017 rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan dimana mangkatnya Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah pada usia 89 tahun di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Pemergiannya bukan sahaja dirasai oleh rakyat Kedah, malah turut dirasai oleh rakyat Negeri Sembilan juga. Turut tidak terkecuali kesedihan tersebut turut dikongsi oleh anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz iaitu Tunku Zain Al-‘Abidin di laman Instagram beliau.

Perkaitan Kerabat Diraja Negeri Sembilan Dengan Almarhum Sultan Kedah Ke-27

Perkongsian dari Instagram Tunku Zain Al-‘Abidin

Gambar yang dikongsikan dari Instagram beliau ini diambil sebelum termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 di King’s House, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Sekiranya anda perhatikan, pada masa itu Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah berdiri di belakang ayahandanya, Sultan Badlishah. Bersebelahan dengan Sultan Badlishah pula adalah Tuanku Abdul Rahman bersama-sama anakanda beliau Tuanku Munawir dibelakangnya.

Perkaitan Kerabat Diraja Negeri Sembilan Dengan Almarhum Sultan Kedah Ke-27

Almarhum Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah

Bagi mereka yang tak tahu, sebenarnya Sultan Abdul Halim sememangnya sudah mempunyai perkaitan atau pertalian dengan dengan kerabat diraja Negeri Sembilan sejak zaman Tuanku Abdul Rahman lagi. Ini kerana baginda telah diijabkabulkan dengan puteri Tuanku Abdul Rahman iaitu Tunku Hajjah Bahiyah pada 9 Mac 1956. Ini bermakna sebelum termeterainya perjanjian pada 5 Ogos 1957 ini, baginda sudahpun berkahwin dengan puteri Tuanku Abdul Rahman. Mungkin tidak hairanlah mengapa baginda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9) dan Sultan Kedah, Sultan Badlishah (Sultan Kedah ke-26) masing-masing duduk bersebelahan.

Perkaitan Kerabat Diraja Negeri Sembilan Dengan Almarhum Sultan Kedah Ke-27

Almarhumah, Sultanah Hajjah Bahiyah

Tunku Hajjah Bahiyah ditabalkan sebagai Sultanah pada 20 Februari 1959. Pada 23 September 1970 pula, Sultanah Hajjah Bahiyah kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia apabila Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5. Dalam sejarah, Sultan Abdul Halim merupakan satu-satunya Raja-raja Melayu yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.

Perkaitan Kerabat Diraja Negeri Sembilan Dengan Almarhum Sultan Kedah Ke-27

Almarhumah, Sultanah Hajjah Bahiyah dimakamkan di Makam Diraja Kedah, Langgar dengan penuh adat istiadat diraja Kedah

Walaubagaimanapun pada 26 Ogos 2003, Sultanah Hajjah Bahiyah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 73 tahun akibat kanser. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang puteri iaitu Tunku Panglima Besar Kedah YTM Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz pada 22 Julai 1966 setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga. Sebelum itu, Almarhumah mempunyai dua orang anakanda angkat kembar dari keluarga diraja Kedah iaitu Almarhumah YTM Tunku Sarina dan YTM Dato’ Seri Diraja Tunku Soraya.

Perkaitan Kerabat Diraja Negeri Sembilan Dengan Almarhum Sultan Kedah Ke-27

Senyuman ayahanda dan puterinya.

Kami dari orangnogori.com sekali lagi mengucapkan sembah takziah buat keluarga Diraja dan seluruh rakyat negeri Kedah diatas kemangkatan KDYMM Sultan Kedah, KDYMM Tuanku Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah. Alfatihah buat baginda dan Almarhum Sultanah Hajjah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman serta raja-raja yang telah pergi meninggalkan kita.

Sumber – warisanpermaisuri.blogspot.my (24 Ogos 2016); cucutgmunawir.blogspot.my (15 Mac 2012); Instagram @z.n9 (Tunku Zain Al-‘Abidin)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.