Bagi mereka yang tinggal atau berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mungkin pernah mendengar atau datang ke warung ini. Warung yang dikenali dengan nama Kodai Asap ini terletak di Kampung Kelulut iaitu ditepi jalan menghala ke jalan Bahau - Batu Kikir, berhadapan dengan Taman Saga.
Kodai Asap milik Asmah Abu Bakar, 80 atau lebih dikenali dengan nama Uwan Maznah sememangnya unik. Keunikan itu bukan sahaja terletak pada nama warung ini malah cara masakannya juga unik. Ini kerana cara masakan makanan dan minuman di warung ini masih mengekalkan cara lama iaitu menggunakan dapur kayu. Cara masakan ini telah digunakan beliau sejak 40 tahun dahulu.
Menurut Uwan Maznah rasa masakan yang menggunakan dapur kayu ini turut dipengaruhi dengan bau asap yang cukup berbeza apabila dimasak menggunakan dapur gas. Uwan Maznah juga mengakui yang beliau lebih selesa memasak menggunakan dapur Kayu.
Antara menu istimewa yang paling ditunggu-tunggu pelanggan adalah Mee Kari dengan kuahnya dipenuhi sayur, rempah kari istimewa dan ayam. Selain itu, warung Uwan Maznah juga menyediakan pilihan makanan lain seperti kueh bola dan rojak dan minuman paling rare sekali ‘Oren Bodoh’. Berkenaan harga bagi makanan yang dijual di warung ini, anda jangan risau, kesemuanya dijual dengan harga berpatutan.
Mee Kari menu wajib cuba di warung ini.
Rojak
Dapur yang digunakan oleh Uwan Maznah untuk memasak
Kueh Bola
Kodai Asap ini dibuka setiap hari dari pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang. Jadi bagi sesiapa belum cuba lagi masakan Uwan Maznah yang unik ini, bolehlah datang ke warungnya disini.













